Tuesday, May 25, 2010

Satria Neo R3 Lotus Racing Bakal Dieksport

Proton Bakal Mengeksport Model
Exora dan Satria Neo R3 Lotus Racing ke Australia.

Menurut sumber, Proton bakal memperkenalkan model MPV dan model 3 door hatch terkininya, Exora dan Satria Neo R3 Lotus Racing ke Australia pada hujung tahun ini. Sebelum itu, model S16 GXR (juga merupakan model Saga di Malaysia) bertransmisi auto dan juga manual bakal memasuki pasaran Australia pada Julai 2010. Diikuti dengan model Persona LE bertransmisi auto dan manual pada bulan Ogos. Manakala model S16 LE bertransmisi auto dan manual menyusul pada September. Exora GX bertransmisi auto dan manual yang bakal diperkenalkan di Australia pada November 2010, dikhabarkan ia akan dijana dengan enjin berkapasiti 1.6l Turbo.


No comments:

Post a Comment

Privacy Policy