Friday, May 14, 2010

Proton Exora - Teksi 1Malaysia

Proton Exora Akan Diperkenal Sebagai
Teksi 1Malaysia

Exora akan dijadikan teksi 1Malaysia dalam usaha kerajaan menaik taraf kualiti perkhidmatan pengangkutan awam. Bagi merealisasikan hasrat itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Proton pada 6 April lalu.

Exora dijangka lebih baik daripada model teksi lain sekarang kerana ia selesa dari segi ruang tempat duduk dan tempat menyimpan barangan. Imej teksi bukan saja pada mutu perkhidmatan, malah tahap kualiti kenderaan. Teksi 1Malaysia akan menjadi simbolik bagi mendokong konsep 1Malaysia.

Perbezaan harga Exora berbanding kenderaan lain sehingga 16 peratus akan memberi tekanan kepada pengusaha dan pemandu. Beberapa insentif yang dicadangkan ialah pengecualian cukai jualan, pemberian subsidi pemasangan NGV dan penyediaan kemudahan pinjaman daripada bank dengan kadar sekurang-kurangnya 90 peratus daripada harga kenderaan. nsentif lain yang dicadangkan ialah subsidi petrol sama seperti yang dinikmati nelayan, pengurangan kadar premium insurans kenderaan, pemansuhan duti eksais apabila teksi ditukarkan kepada kereta persendirian dan penambahan stesen NGV di seluruh negara.


Proton Terima Anugerah Terbaik
Bagi Exora dan Saga.

Proton Holdings Bhd menerima Anugerah Model Baharu Automotif Terbaik bagi Proton Exora dan Model Kereta Penumpang Terbaik bagi Proton Saga, pada Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2010.

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy