Thursday, May 27, 2010

Proton Sahkan Perbincangan Dengan Volkswagen

Proton dengan rasminya telah mengesahkan perbincangan dengan Volkswagen dan keputusannya akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu.

Saga, Persona dan Exora, telah menjadikan pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, kembali mencatatkan keuntungan.

Proton menjangka memperkenalkan model baharu sama ada pada bulan Oktober atau November tahun ini. Model baharu itu akan menyumbang dengan signifikan kepada kemampuan Proton untuk terus mengukuhkan penguasaan pasaran.

Proton akan membuat perbelanjaan modal yang besar iaitu hampir RM1 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Perbelanjaan modal ini digunakan untuk pembangunan kereta kompak EMAS yang dipamerkan oleh Proton baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy