Monday, May 17, 2010

Proton di AEE 2010

Proton Pamer Produk Auto di
Automotive Engineering Exposition (AEE) 2010

Proton Holdings Bhd merupakan antara 9 syarikat tempatan mempamerkan produk automotif Malaysia ke pasaran Jepun dan pembeli antarabangsa yang lain pada Ekspo Kejuruteraan Automotif 2010 (AEE 2010) yang bakal berlangsung di Yokohama, Jepun.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama Malaysia, Proton Exora, akan diketengahkan pada acara berkenaan. MPV itu dianggap sebagai hasil kejuruteraan yang mengagumkan pembuat kereta nasional itu dan menampilkan kemajuan teknologi auto tempatan.

Penyertaan Malaysia pada AEE 2010 merupakan sebahagian daripada projek Kerjasama Industri Automotif Malaysia-Jepun (Majaico) dan seiring dengan perjanjian yang dicapai antara kedua-dua kerajaan di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun yang dimeterai pada Julai 2006. Projek Majaico bertujuan membantu menaikkan industri auto Malaysia untuk seiring dengan rakan mereka di Jepun menjelang 2015.

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy