Buletin Utama - TV3
Ulas Ringkas Sempena Geneva Motorshow 2010
Ulas Ringkas Sempena Geneva Motorshow 2010

Semalam (1 Mac 2010), Buletin Utama telah mengulas secara ringkas berkenaan pameran automotif terbesar dunia yang akan berlangsung di Geneva. Di dalam laporannya mengatakan pembabitan Proton dan Lotus, di mana 3 model bakal diperkenalkan iaitu Proton Hybrid Concept Car, Lotus Evora Hybrid (dan Lotus Evora Racing), dan Lotus Elise yang dipertingkatkan. Dikhabarkan, Tun Dr. Mahathir akan berada di sana untuk majlis pelancaran model berkenaan. Kami di Auto Akasia berharap dengan usahasama Proton, Lotus dan Italdesign ini bakal menaikkan nama Malaysia di dalam arena automotif dunia.
Seperti mana yang dikhabarkan oleh Italdesign Giugiaro di ruang sosial Facebook; “..already on the booth! don’t miss our website. from 10am tomorrow all the pics, videos and infos about the geneva motor show..”, kami di Auto Akasia mencadangkan anda untuk klik di SINI untuk mendapatkan foto, video dan info terkini terus dari Geneva.

- Proton Holdings Bhd kini bersedia untuk memasuki pasaran global secara agresif dan akan bermula dengan mengambil bahagian pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80.
- Sasaran Proton adalah untuk memasuki sebanyak negara yang mungkin dan telah mengambil langkah berani untuk menjadi lebih agresif.
- Proton akan melancarkan kereta konsep pertamanya, yang direka bentuk dengan kerjasama Italdesign Giugiaro dan menggunakan enjin Range Extender Lotus.
- Dijangka dilancarkan oleh penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Pengerusi Proton Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir juga akan hadir.
No comments:
Post a Comment