Perodua Alza dengan tahap spesifikasi tinggi dikenali sebagai Perodua Alza Advanced Version, secara asasnya adalah dari model Alza 1.5 Automatic Premium dan Manual Premium akan tetapi ia mempunyai beberapa spesifikasi tambahan dan kini telah berada dipasaran.

Antara beberapa spesifikasi tambahan pada model ini adalah, bodykit di mana ia terdiri daripada front, rear dan side skirts dan rear spoiler yang sedikit lain dari model Premium biasa.

Di bahagian dalaman pula, terdapat tempat duduk dengan kemasan leather bagi setiap barisan tempat duduk. Model ini juga dilengkapi dengan Skrin Sentuh LCD bersaiz 5 inci di mana ia mempunyai Windows CE bagi sistem navigasi GPS dengan SiRF Atlas IV chipset beserta CPU 500 MHz. Skrin LCD tersebut juga memaparkan paparan 150 darjah dari lensa reverse camera.
Alza Advanced Version ini juga disertakan tinted film. Di mana ia bersifat mesra GPS dan SmartTAG (GPS and SmartTAG friendly). Tinted film yang disertakan ini, mempunyai 5 tahun jaminan dan telah diluluskan oleh JPJ, serta mengikuti spesifikasi ini:
- * 95% IR rejection.
- * 99% UV rejection.
- * 70% light for the front windscreen.
- * about over 50% light for the rest of the glass.
Perodua Alza Advanced Version ini juga, mempunyai 3 pilihan warna, iaitu Ebony Black (Metallic), Ivory White (Solid) dan Classy Purple (Metallic) seperti yang dipaparkan di bawah ini.

Harga Perodua Alza GHP Advanced Version - 1.5L Manual
Klik pada imej untuk paparan lebih jelasHarga Perodua Alza ZHP Advanced Version - 1.5L Automatic
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas
No comments:
Post a Comment