Ulasan Tun Dr. Mahathir
Mengenai Model Konsep Proton, Proton Emas.
Mengenai Model Konsep Proton, Proton Emas.

- Proton Holdings Bhd perlu mengukuhkan lagi tapak globalnya bagi mencapai skala ekonomi.
- Proton akan terus memantapkan program eksportnya dengan memperkenalkan beberapa siri kereta konsep yang direka untuk menarik perhatian pasaran dunia.
- Kereta-kereta konsep itu adalah hasil daripada falsafah Proton iaitu menghasilkan kereta untuk pengguna Malaysia terlebih dahulu sebelum memikir untuk mengeksportkannya.
- "Kita sudah biasa menghasilkan kereta untuk Malaysia terlebih dahulu, dan kemudiannya baharu mengeksportkan kereta-kereta ini. Jadi, kita sukar untuk menembusi dunia. Kali ini, kita mereka kereta ini untuk pasaran dunia dan masih lagi boleh menggunakan kereta-kereta ini untuk Malaysia. Dengan jumlah kecil iaitu kurang daripada setengah juta setiap tahun untuk pasaran kereta penumpang Malaysia, kita tidak boleh mencapai skala ekonomi. Oleh itu, kita perlu mengembangkannya sedikit dalam usaha mempertontonkan Proton baharu untuk pasaran dunia."
- Proton Emas direka sedemikian rupa agar ia boleh digunakan dengan kereta kuasa lain seperti digerakkan oleh elektrik dan enjin pembakaran dalaman konvensional, dan ini akan menjadikan kereta-kereta berkonsep ini lebih menarik di pasaran Barat.
- Walaupun ia akan mengambil masa kira-kira tiga tahun sebelum kereta konsep ini boleh dihasilkan, Tun Dr. Mahathir meminta pengeluaran itu dipercepatkan.
Ulasan Datuk Syed Zainal Abidin
Mengenai Model Konsep Proton, Proton Emas.
Mengenai Model Konsep Proton, Proton Emas.

- Proton perlu membuka langkah strategik yang pantas bagi mengelakkan diri daripada kehilangan peluang menjadi peserta global.
- "Hari ini, kita tidak akan lagi menjadi peserta tempatan. Kita mesti bekerja dengan bijak".
- Adalah lebih baik untuk menghasilkan kereta yang boleh dipasarkan ke negara-negara lain.
- Selepas suku dekad dalam industri ini, Proton seharusnya sudah boleh mengukuhkan kedudukannya, di kalangan yang lain menerusi pengurusan yang kukuh dan tidak terjerumus dengan nasib yang sama dengan General Motor.
No comments:
Post a Comment