Tuesday, March 30, 2010

Satria Neo R3 Lotus Racing

Proton telah melancarkan versi terbaru bagi model Satria Neo CPS iaitu Proton Satria Neo R3 Lotus Racing. Harga RM115, 000 itu mempunyai pelbagai peralatan termasuk enjin yang telah dinaiktaraf. Di mana ia mampu menghasilkan 145 bhp dan torque sebanyak 168 Nm, enjin R3 telah meningkatkan sebanyak 25 bhp dan 18 Nm berbanding enjin CPS yang asal. Hanya 9.2 saat sahaja, model ini dapat memecut dari 0-100km/j dan kelajuan tertingginya adalah 200km/j, berbanding dengan 10.5 saat dan 190 km/j pada enjin asal CPS bertransmisi manual.

Pastinya, ramai yang tertanya-tanya, mengapa harganya begitu mahal, sehingga ia mencecah RM115, 000? Ingin tahu? Jom kita layan spesifikasi di bawah ni...


Enhancements:
  • * R3 Engine Management System.
  • * R3 Camshafts with Adjustable Alloy Cam.
  • * R3 Alloy underdrive pulleys.
  • * R3 Titanium Headers.
  • * R3 Tuned Exhaust System.
  • * R3 Carbon Fibre Air Intake with K&N Filter.

Exterior Design:
  • * Front Bonnet - R3 Carbon Fibre bonnet.
  • * Front & Rear Bumper - R3 Race Proven FRP Bumpers with Improved Aerodynamics.
  • * Front Fender - R3 Designed FRP with Air Vent and Lotus Racing insignia.
  • * Rear Spoiler - R3 Race Designed Rear Roof Spoiler.

Interior Design:
  • * Steering Wheel - Leather wrapped & Carbon Fibre effect details.
  • * Front Seat - Nappa Leather with Carbon Fibre effect inserts and customized Satria Neo Lotus Racing insignia.
  • * Rear Seat & Door Panel - Nappa Leather with Carbon Fibre effect inserts.
  • * Gear Knob - R3 Aluminium Gear Knob.

Friday, March 26, 2010

Perodua Alza Advanced Version

Perodua Alza dengan tahap spesifikasi tinggi dikenali sebagai Perodua Alza Advanced Version, secara asasnya adalah dari model Alza 1.5 Automatic Premium dan Manual Premium akan tetapi ia mempunyai beberapa spesifikasi tambahan dan kini telah berada dipasaran.

Antara beberapa spesifikasi tambahan pada model ini adalah, bodykit di mana ia terdiri daripada front, rear dan side skirts dan rear spoiler yang sedikit lain dari model Premium biasa.


Di bahagian dalaman pula, terdapat tempat duduk dengan kemasan leather bagi setiap barisan tempat duduk. Model ini juga dilengkapi dengan Skrin Sentuh LCD bersaiz 5 inci di mana ia mempunyai Windows CE bagi sistem navigasi GPS dengan SiRF Atlas IV chipset beserta CPU 500 MHz. Skrin LCD tersebut juga memaparkan paparan 150 darjah dari lensa reverse camera.

Alza Advanced Version ini juga disertakan tinted film. Di mana ia bersifat mesra GPS dan SmartTAG (GPS and SmartTAG friendly). Tinted film yang disertakan ini, mempunyai 5 tahun jaminan dan telah diluluskan oleh JPJ, serta mengikuti spesifikasi ini:
  • * 95% IR rejection.
  • * 99% UV rejection.
  • * 70% light for the front windscreen.
  • * about over 50% light for the rest of the glass.
Perodua Alza Advanced Version ini juga, mempunyai 3 pilihan warna, iaitu Ebony Black (Metallic), Ivory White (Solid) dan Classy Purple (Metallic) seperti yang dipaparkan di bawah ini.


Harga Perodua Alza GHP Advanced Version - 1.5L Manual
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas


Harga Perodua Alza ZHP Advanced Version - 1.5L Automatic
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Thursday, March 25, 2010

Limited Edition - T-Shirt Proton Emas

DAPATKAN T-SHIRT PROTON EMAS
EDISI TERHAD..!!


klik pada imej untuk paparan resolusi tinggi


KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN
TERHAD KEPADA 50 HELAI..

HANYA RM30..!!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,
SILA LAYARI LAMAN BLOG FUNTASTICKODESIGN
(sila klik di SINI untuk pautan terus ke laman blog Funtastickodesign)

  • * Harga TERMASUK KOS PENGHANTARAN ( POSLAJU/POS EKSPRES ).
  • * TAMBAHAN RM5 untuk Sabah & Sarawak.
  • * Saiz M, L & XL SAHAJA.

Wednesday, March 24, 2010

Proton MSX

Baru-baru ini, saya ada menerima email, yang meminta saya membuat carian imej di Google (Google - image search). Carian yang dimaksudkan adalah carian mengenai model Proton MSX atau Lotus APX.

Seperti yang kita ketahui, model ini telah lama berada di ruangan internet. Namun sehingga kini, saya tidak temui maklumat mengenai model ini untuk dibangunkan sebagai production model. Berdasarkan informasi yang saya peroleh dari laman blog Prodas (sila klik SINI), di bawah adalah spesifikasi model Proton MSX ini. Sebarang informasi terkini akan saya kemaskini.

SPESIFIKASI PROTON MSX:
  • ENGINE : 3.0L V6
  • MAX POWER : 224kW
  • MAX TORQUE : 360Nm
  • TRANSMISSION : 6 M/T
  • LENGTH : 4,697mm
  • WIDTH : 1,852mm
  • HEIGHT : 1,750mm
  • WHEELBASE : 2700mm
  • KERB WEIGHT : 1,570kg
  • 0-100km/h : 5.9sec
  • TOP SPEED : 250km/h

Friday, March 19, 2010

FAQ : Proton Persona Elegance

Persoalan Tentang Proton Persona Elegance
Kini Terjawab


Bilakah ia dilancarkan?

Persona Elegance telah dilancarkan pada 18 Mac 2010 oleh Pengarah Urusan Proton, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Bilakah model ini akan berada di bilik pameran Proton?
Persona Elegance akan berada di bilik pameran bermula 18 Mac 2010.

Apakah konsep yang diketengahkan pada model Persona Elegance?
Persona Elegance adalah model gantian bagi model Persona sedia ada dengan beberapa penambahbaikan dan penambahan ciri-ciri baru. Konsep produk bagi Persona Elegance adalah ia merupakan satu peningkatan dan menjadikan ia sebagai Family Sedan yang bergaya.

Adakah ia terdapat dengan transmisi manual dan automatik?
Ya, model ini terdapat transmisi manual dan automatik, kecuali varian mewah (H-Line) kerana ia hanya terdapat dengan transmisi automatik sahaja.


Berapakah harga OTR bagi Persona Elegance dan, berapakah beza harga antara Persona Elegance dan model Persona sebelum ini? (Semenanjung Malaysia)










Apakah warna yang terdapat pada model ini, dan varian manakah yang mempunyai pilhan warna tersebut?









Apakah ciri-ciri yang dipertingkatkan dan ditambahbaikan pada model Persona Elegance?















Apakah USP yang terdapat pada model Persona Elegance?











Apakah jenis enjin yang digunakan pada model Persona Elegance? Tidakkah ia didatangkan dengan versi CPS?
Persona Elegance didatangkan dengan enjin Campro 1.6L IAFM. Tiada versi CPS setakat ini.

Adakah GPS built-in atau peranti stand-alone? Adakah saya perlu kerap mengemaskinikan peta atau iaboleh dikemaskini secara automatik?
GPS stand-alone tersedia pada varian M-Line & H-Line. Para pelanggan hendaklah merujuk panduan pengguna (user manual) yang disediakan untuk butiran lanjut.

Berapakah tempoh jaminan pengeluar (manufacturer warranty period)?
2 tahun atau 50,000km (mana-mana yang terdahulu)

Adakah terdapat EWP (Extended Warranty Policy)?
Ya, ada. EWP menyediakan tambahan 3 tahun tempoh jaminan atau 175,000km (mana-mana yang terdahulu). Ini membuat jumlah tempoh jaminan menjadi 5 tahun atau 175,000km (mana-mana yang terdahulu).

Adakah kos penyelenggaraan model ini lebih tinggi dari Persona terdahulu?
Kos penyelenggaraan adalah sama seperti model Persona sedia ada.

Bilakah saya boleh membuat tempahan model Persona Elegance?
Tempahan boleh dibuat bermula 18 Mac 2010.

Berapakah tempoh menunggu?
Tempoh menunggu kira-kita 1 hingga 2 bulan.

Di mana dan bilakah saya boleh membuat ujipandu (test drive)?
Di semua bilik pameran bermula 20 mac 2010.

Apakah varian yang disediakan untuk sesi ujipandu?
Unit ujipandu hanya pada varian M-Line dengan transmisi automatik. Walaubagaimanapun, sesi ujipandu pada transmisi manual boleh dibuat.

Bolehkah pelanggan-pelanggan yang masih menunggu untuk kereta yang ditempah sebelum ini, mengubah tempahan mereka untuk model Persona Elegance ini? Adakah saya perlu membayar yuran tempahan tambahan?
Ya, perubahan tempahan boleh dibuat di bilik pameran di mana tempahan sebelum ini dibuat dan anda hanya perlu top up pada perbezaan harga. Anda tidak perlu untuk menambah mana-mana bayaran tempahan tambahan.

Berapakah bayaran tempahan?
Bayaran tempahan RM500

Jika saya membuat tempahan sekarang dan terdapat kelewatan yang panjang, bolehkah saya dapatkan bayaran tempahan itu semula?
Kami tidak membenarkan pembatalan, tetapi pada keadaan tertentu, para pelanggan dibenarkan membut pindahan tempahan tersebut. Bagaimanapun, bayaran tempahan yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan semula.

Jika saya telah menempah Persona Elegance dan kemudiannya saya ingin mengubah tempahan saya untuk model Proton yang lain, bolehkah saya berbuat begitu?
Ya, boleh.

Berapakah kadar faedah pinjaman sewa beli?
Kadar faedah adalah sama dengan model semasa iaitu pada 3.65% (7 tahun) dan 3.75% (9 tahun).


*sumber: Proton Edar

Thursday, March 18, 2010

Proton Rancang Pakatan Strategik

PROTON, The HERO Group and Volkswagen.

Ketika melancarkan Proton Persona Elegance semalam (18 Mac 2010),
Datuk Syed Zainal Abidin selaku Pengarah Urusan Proton, menyatakan bahawa Proton sentiasa berbincang untuk mengadakan pakatan strategik dengan Volkswagen (VW) dalam usaha menjadi lebih kompetitif di peringkat global. Perbincangan tersebut adalah dalam bentuk kerjasama yang membolehkan kedua-dua pihak mendapat faedah masing-masing. Datuk Syed Zainal tidak menafikan Proton masih lagi mengadakan perbincangan untuk mengadakan kerjasama dengan Volkswagen bagi membangunkan model-model keluarannya. Beliau turut memberitahu bahawa perbincangan Proton dengan pengeluar kereta terbesar di India, Kumpulan Hero masih lagi berjalan. Proton melihat pasaran India merupakan salah satu pasaran penting untuk Proton berkembang dan bersaing di peringkat antarabangsa. Pelantikan Behara Venkata Rama Subbu (
BVR Subbu) ke dalam lembaga pengarah Proton adalah berdasarkan keupayaannya serta kearifan pasaran kenderaan di India untuk membantu Proton pada masa depan.

Persona Elegance Dilancarkan

Persona Elegance
facelift and enhancement model


Ringkasan Spesifikasi Model:

• Terdapat 3 pilihan iaitu: H-line, M-Line dan B-Line.
• Enjin Campro 1.6 IAFM, 110bhp pada 6500rpm, dan kilasan sebanyak 148Nm daripada 4000rpm.
• ECU 32-bit (Siemens).
• Lampu belakang baru, dengan susunan 9 LED (4 di atas, 5 di bawah).
• *bodykit, *slim rear spoiler, *foglamp, *chrome door handles dan side mirror dengan turning lamp.
• Rekabentuk grill baru.
• *rim 15inch dengan rekabentuk baru.
• Blaupunkt audio head unit dengan USB.
• Meter Cluster Graphic yang baru.
• *GPS, *ketinggian tempat duduk pemandu boleh laras, dan *side mirror elektrik.
• *Leather seat, Fabric Material seat dan cruise control.
• Safety kit, *ABD dan *EBD, *2 airbag dan *2 pre-tensioner seatbelts.

(* untuk model-model tertentu sahaja)


PERSONA ELEGANCE EXTERIOR IMAGES

Harga (OTR):
• Persona Base Line (Manual) : RM46,499.00
• Persona Base Line (Auto) : RM49,499.00
• Persona Medium Line (Manual) :RM52,999.00
• Persona Medium Line (Auto) : RM55,999.00
• Persona High Line (Auto) : RM 59,499.00 (hanya terdapat dengan transmisi automatik sahaja).


PERSONA ELEGANCE INTERIOR IMAGES
Pilhan Warna:
• Genetic Silver
• Tranquility Black
• Bronze Garnet (New Colour)
• Chiffon Green (New Colour)
• Brilliant Red (hanya terdapat pada model H-Line sahaja)

Persona Elegance comes with a 2-year/50,000 km manufacturer’s warranty plus a 3-year/125,000 km extended warranty programme – that’s a total of 5 years.

sumber foto dari: paultan.org & mudah.my

Tuesday, March 16, 2010

Proton Persona Elegance

Proton Persona Elegance
bakal dilancarkan pada 18 mac 2010

Eksklusif untuk tatapan anda, model terkini dari Proton, Proton Persona yang dipertingkatkan. Pelbagai perubahan dibuat pada model ini, samada dari segi fizikal mahupun teknikal. Model ini bakal menemui anda dalam masa terdekat. Jadi, jika anda berminat, bolehlah membuat tempahan sekarang. Maklumat mengenai spesifikasi sebenar model ini, akan dikemaskini. Jom layan imej2 terkini Proton Persona Elegance ini~

Klik di SINI untuk maklumat terdahulu berkenaan model Persona ini.

EXTERIOR

INTERIOR
credit to: funtastickodesign

UPDATE:
PROTON PERSONA ELEGANCE
akan dilancarkan pada 18 Mac 2010


Harga (OTR):
• Persona Base Line (Manual) : RM46,499.00
• Persona Base Line (Auto) : RM49,499.00
• Persona Medium Line (Manual) :RM52,999.00
• Persona Medium Line (Auto) : RM55,999.00
• Persona High Line (Auto) : RM 59,499.00 (hanya terdapat dengan transmisi automatik sahaja).


Pilhan Warna:
• Genetic Silver
• Tranquility Black
• Bronze Garnet (New Colour)
• Chiffon Green (New Colour)
• Brilliant Red (hanya terdapat pada model H-Line sahaja)

Ciri-ciri fizikal:

• Rear Spoiler (M-Line & H-Line)
• Rear garnish furnishing
• Head Lamp & LED rear combi lamp
• Front,Rear & side skirting (M-Line & H-Line)
• Radiator Grill
• Front Fog Lamp (M-Line & H-Line)
• Door mirror with turn lamp signal
• Door handle furnishing
• Alloy Rim (M-Line & H-Line)
• Door Handle
• Upholstery: New seat fabric ( B-Line & M-Line) & Leather seat (H-Line)
• New Body Color: Chiffon Green & Bronze Garnet.

Sunday, March 14, 2010

Keputusan Formula 1 (GP Bahrain)

Keputusan Formula 1
(GP Bahrain) 2010

Perlumbaan Formula 1 yang membuka tirainya di Bahrain menyaksikan keputusan penuh seperti berikut:

klik pada keputusan di atas untuk paparan resolusi tinggi.


Jadual Perlumbaan F1 Bagi Tahun 2010

Lotus F1 Racing Berada Di Kedudukan 15 dan 17.

Walaupun pasukan Lotus F1 Racing berada di kedudukan 15 dan 17 di perlumbaan F1 di Bahrain semalam (14 Mac 2010), namun mereka telah berusaha untuk memastikan jentera Lotus Cosworth CA2010 berfungsi dengan baik ketika perlumbaan. Ini juga merupakan perlumbaan pertama mereka. Kita berharap, pasukan ini akan meningkatkan lagi prestasi mereka di perlumbaan berikutnya, terutama di Litar Sepang, Malaysia pada 4 April 2010 nanti. Semoga berjaya..!!

Thursday, March 11, 2010

Impression : Proton Emas (Production Model)

Proton Emas
Impression : Production Model

Hasil photoshop kedua saya pada model Proton Emas. Adakah imaginasi saya tepat dengan model yang bakal Proton keluarkan berdasarkan rekabentuk Proton Emas? Sama-sama kita tunggu kemunculan Proton Emas - Production Model yang sebenarnya, dalam 18 bulan lagi.. (harap2 laa~)

Friday, March 5, 2010

Photoshopped : Proton Emas


Proton Emas R3..??
Ini adalah hasil modifikasi pertama saya pada model Proton Emas menggunakan Adobe Photoshop. Saya namakan ia sebagai Savvy R3. Saya berminat dengan rekabentuk Proton Emas. Dan saya berharap rekabentuk Proton Emas dapat dijadikan asas kepada rekabentuk Savvy replacement model. Hasil saya kali ni biasa saja, cuma menukar bodykit-nya saja.. layan~

Wednesday, March 3, 2010

Eksklusif : Persona Facelift

Imej Eksklusif
Proton Persona Facelift

sumber imej dari funtastickodesign
  • EasyU (ECU) 32bit.
  • Campro 1.6 IAFM.
  • New Sensor (Light).
  • Body Control Modul (BCM).
  • Full Bodykit for M-Line & H-Line.
  • Meter illuminate, side mirror with new indicator.
  • Audio unit with USB Port and other features.


EXTERIOR

INTERIOR

Tuesday, March 2, 2010

Proton Emas - Ulasan Tun Dr. Mahathir

Ulasan Tun Dr. Mahathir
Mengenai Model Konsep Proton, Proton Emas.
  • Proton Holdings Bhd perlu mengukuhkan lagi tapak globalnya bagi mencapai skala ekonomi.
  • Proton akan terus memantapkan program eksportnya dengan memperkenalkan beberapa siri kereta konsep yang direka untuk menarik perhatian pasaran dunia.
  • Kereta-kereta konsep itu adalah hasil daripada falsafah Proton iaitu menghasilkan kereta untuk pengguna Malaysia terlebih dahulu sebelum memikir untuk mengeksportkannya.
  • "Kita sudah biasa menghasilkan kereta untuk Malaysia terlebih dahulu, dan kemudiannya baharu mengeksportkan kereta-kereta ini. Jadi, kita sukar untuk menembusi dunia. Kali ini, kita mereka kereta ini untuk pasaran dunia dan masih lagi boleh menggunakan kereta-kereta ini untuk Malaysia. Dengan jumlah kecil iaitu kurang daripada setengah juta setiap tahun untuk pasaran kereta penumpang Malaysia, kita tidak boleh mencapai skala ekonomi. Oleh itu, kita perlu mengembangkannya sedikit dalam usaha mempertontonkan Proton baharu untuk pasaran dunia."
  • Proton Emas direka sedemikian rupa agar ia boleh digunakan dengan kereta kuasa lain seperti digerakkan oleh elektrik dan enjin pembakaran dalaman konvensional, dan ini akan menjadikan kereta-kereta berkonsep ini lebih menarik di pasaran Barat.
  • Walaupun ia akan mengambil masa kira-kira tiga tahun sebelum kereta konsep ini boleh dihasilkan, Tun Dr. Mahathir meminta pengeluaran itu dipercepatkan.

Ulasan Datuk Syed Zainal Abidin
Mengenai Model Konsep Proton, Proton Emas.
  • Proton perlu membuka langkah strategik yang pantas bagi mengelakkan diri daripada kehilangan peluang menjadi peserta global.
  • "Hari ini, kita tidak akan lagi menjadi peserta tempatan. Kita mesti bekerja dengan bijak".
  • Adalah lebih baik untuk menghasilkan kereta yang boleh dipasarkan ke negara-negara lain.
  • Selepas suku dekad dalam industri ini, Proton seharusnya sudah boleh mengukuhkan kedudukannya, di kalangan yang lain menerusi pengurusan yang kukuh dan tidak terjerumus dengan nasib yang sama dengan General Motor.
*klik di SINI untuk berita lanjut mengenai model Proton Emas dari Bernama Auto.

Informasi Proton Emas Concept

EMAS Concept Car Information


Proton EMAS Concept

*Proton EMAS Concept*
Eco Mobility Advance Solution (EMAS)

Pengenalan:

EMAS juga bermaksud "emas" di dalam Bahasa Malaysia dan simbol nilai projek rekaan ini kepada PROTON serta rekabentuk automotif masa depan Malaysia.

Kereta konsep ini merupakan kerjasama kreatif antara Italdesign Giugiaro dan Lotus Engineering. Ia direka berdasarkan
hybrid propulsion system, berserta rekabentuk chassis khusus di mana ia boleh menampung enjin konvensional serta hybrid system’s batteries di bahagian belakang. Kereta konsep itu direka bagi memaksimakan ruang sambil mengekalkan konsep kereta kompak.


Rekabentuk:
Menurut Giugiaro, Proton Emas adalah satu jenis kereta baru, satu konsep automotif baru dari segi fungsi, ergonomik dan keselesaan, serta tidak memberikan kesan terhadap alam sekitar.

Platformnya direka khusus oleh Italdesign Giugiaro, termasuk satu
floorpan yang dinaikkan di bahagian belakang yang dapat menampung hibrid tersebut atau electric system batteries. Kedudukan tempat duduknya juga dinaikkan sedikit, kesemuanya boleh dilaras secara elektrik, serta membenarkan penumpang-penumpang untuk menggunakan ruang dalaman dengan baik.

Ciri-ciri yang terdapat pada model ini adalah mesra pengguna, terutamanya di bahagian belakang. Ciri dan kemudahannya setanding dengan kereta-kereta
higher-category yang lain.


Teknologi:
Dari segi teknologi, ia direkabentuk oleh Lotus Engineering, sistem pacuannya adalah satu siri hybrid plug-in. Ia termasuk enjin 1.2 liter dengan 3 silinder, 51 kuasa kuda (38 kW) pada 3500 rpm yang boleh dijana dengan petrol, etanol atau methanol.

Pemanduan boleh dilanjutkan oleh sebuah enjin elektrik dengan tenaga berterusan (
continuous power) sebanyak 45 kW dan kuasa puncak (peak power) sebanyak 75 kW. Kadar tork maksimumnya, 280 Nm ketika kemuncak (peak), serta tidak memerlukan penggunaan sebuah kotak gear.

Pecutan 0-100 km/h mengambil masa kira-kira 14 saat, kelajuan tertinggi adalah 170 km/h dan
battery range dalam konfigurasi hibridnya adalah 50 km. Proses mengecas semula bateri itu mengambil masa tiga jam menggunakan soket pada 220 volt.


Bahagian Dalaman (Interior):
Aspek pertama adalah pemegang pintu: satu rekabentuk yang ergonomik iaitu dengan menggabungkan satu set kawalan-kawalan sekunder yang berubah dari satu tempat ke tempat lain.

Papan pemuka (dashboard) dikuasai oleh dua TFT berpanel di tengah, pada satu sudut cekung. Monitor di sebelah kanan menunjukkan meter kelajuan (speedometer) dan penunjuk (indicators) tambahan kepada aliran hybrid system energy, manakala monitor sebelah kiri menunjukkan maklumat sekunder seperti skrin-skrin untuk sistem hi-fi, telefon dan internet access browser beserta personalised car set-up parameters.



Bahagian Luaran (Exterior):
The front-end features the PROTON Shield housed in a longitudinal slot below the bonnet. This also incorporates the light clusters and is enhanced by two distinctive diamond-shaped fog lights. The engine cooling air intake, located between the fog lights, is concealed within a dark grey trapezoid motif.

The side is dominated by a belt line that drops down decisively toward the windscreen pillar to increase side visibility during parking man-oeuvres. It is enlivened by a sculpted shape, enhanced by a rib that runs from the front wheel arch then swoops up toward the rear.

The large wheel arches are perhaps the most distinctive and substantial aspect of the car body; the wheelbase is generous: 2590 mm for a total length of 3550 mm. The wheels are therefore located at the end of the Proton Emas: this gives the impression of a car much bigger than it actually is.


Spesifikasi:


Monday, March 1, 2010

Geneva Motorshow '10 : Proton Hybrid

Foto terawal model konsep Proton Hybrid di Geneva Motorshow 2010.

TV3 Ulas Geneva Motorshow

Buletin Utama - TV3
Ulas Ringkas Sempena Geneva Motorshow 2010


Semalam (1 Mac 2010), Buletin Utama telah mengulas secara ringkas berkenaan pameran automotif terbesar dunia yang akan berlangsung di Geneva. Di dalam laporannya mengatakan pembabitan Proton dan Lotus, di mana 3 model bakal diperkenalkan iaitu Proton Hybrid Concept Car, Lotus Evora Hybrid (dan Lotus Evora Racing), dan Lotus Elise yang dipertingkatkan. Dikhabarkan, Tun Dr. Mahathir akan berada di sana untuk majlis pelancaran model berkenaan. Kami di Auto Akasia berharap dengan usahasama Proton, Lotus dan Italdesign ini bakal menaikkan nama Malaysia di dalam arena automotif dunia.

Seperti mana yang dikhabarkan oleh
Italdesign Giugiaro di ruang sosial Facebook; “..already on the booth! don’t miss our website. from 10am tomorrow all the pics, videos and infos about the geneva motor show..”, kami di Auto Akasia mencadangkan anda untuk klik di SINI untuk mendapatkan foto, video dan info terkini terus dari Geneva.

UPDATE:
Ulasan Bernama : Proton Sedia Masuk Pasaran Global Secara Agresif

  • Proton Holdings Bhd kini bersedia untuk memasuki pasaran global secara agresif dan akan bermula dengan mengambil bahagian pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-80.
  • Sasaran Proton adalah untuk memasuki sebanyak negara yang mungkin dan telah mengambil langkah berani untuk menjadi lebih agresif.
  • Proton akan melancarkan kereta konsep pertamanya, yang direka bentuk dengan kerjasama Italdesign Giugiaro dan menggunakan enjin Range Extender Lotus.
  • Dijangka dilancarkan oleh penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Pengerusi Proton Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir juga akan hadir.

Perodua MyVi 1.5 l Bakal Dilancarkan

Perodua Bakal Melancarkan MyVi 1.5 Liter Tahun Depan

  • Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan (2011).
  • Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada.
  • Untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun ini.
  • Perodua percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.
  • Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
  • Ini kerana, model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.

Persona Facelift Bakal Dilancarkan

Persona Facelift (Enhancement Model)
Bakal Dilancarkan Jumaat Ini

sumber info & foto: funtastickodesign

Model sedan terlaris Proton, Persona, bakal dilancarkan Jumaat ini (5 Mac 2010) dengan beberapa perubahan kosmetik dan teknikal. Dikhabarkan ia terdiri daripada model H-Line, M-Line dan B-Line. Di mana, bodykit akan disertakan pada model H-Line dan M-Line.

Untuk melihat foto spyshots dan info sebelum ini di Auto Akasia, sila klik link di bawah:
impression yang saya buat untuk Persona facelift.
Privacy Policy