Monday, June 14, 2010

Spyshots : Proton Exora Minor Change

UPDATE : Proton Exora (New Bodykit)

Foto yang diperoleh dari blog Funtastickodesign ini, merupakan foto lebih jelas di bahagian luaran Exora. Warna yang diperkenalkan kali ini (seperti dalam foto) juga lebih menarik. Dikhabarkan juga, model Exora keluaran khas sempena ulangtahun ke-25 Proton bakal disertakan sportrim yang lebih besar berbanding yang terdapat pada model sebelumnya.

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini (entry di bawah), rekabentuk hadapannya, mirip dengan bodykit Exora Concept (PRIME), jadi saya yakin, pasaran untuk model Exora terbaru ini bakal meningkat dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

(Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas.)



Proton Exora Minor Change Spotted

Foto dari Paultan.org ini, dikhabarkan ia merupakan foto model Exora yang diberikan sentuhan dan perubahan kosmetik yang ringkas dan merupakan Exora Minor Change 1 (MC1). Menurut sumber di Funtastickodesign, model ini telah memulakan produksinya di Shah Alam. Manakala model Exora sempena ulangtahun ke 25 Proton, bakal dilancarkan pada bulan Julai.

Jika diperhatikan pada shape di bumper depan (foto di atas), ada iras2 model Exora Concept (Prime & Prestige). Dari segi rekabentuk rim, ia lebih cantik dan sesuai dengan Exora. Cuma, jika saiznya lebih besar, ia mungkin kelihatan lebih elegan.

Bahagian belakang Exora, tidak dinafikan ia memang cantik dan sesuai dengan ciri-ciri sebuah MPV. Foto di atas menunjukkan bumper & skirting baru yang dapat menaikkan imej sporty pada MPV ini. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

thanks to: Paultan.org & Funtastickodesign (untuk foto dan info).

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy