Proton Rancang Transformasi Lotus
“Tomorrow’s luxury sports car, today.”

Pengurusan Baru Group Lotus.“Tomorrow’s luxury sports car, today.”
- ♕ Proton Holdings Berhad berharap dapat mengubah Group Lotus Plc menjadi sebuah syarikat yang menguntungkan di bawah rancangan transformasi lima tahunnya.
- ♕ Merupakan permulaan fasa baru bagi Proton.
- ♕ Lotus telah bersama Proton hampir 1 dekad.
- ♕Menyasarkan untuk mempunyai produk kereta kelas terbaik di kalangan segmen kereta sport mewah, perkhidmatan jualan & selepas jualan, produk yang efisien & berkualiti tinggi.
- ♕ Meningkatkan jumlah produk 8000 setahun pada 2015.
- ♕ Hubungan Proton-Lotus akan dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.

- ♕ Dany Bahar (bekas pegawai kanan Ferrari) telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus pada 1 Oktober 2009.
- ♕ Pasukan pengurusan baru itu diterajui oleh beberapa kakitangan berpengalaman dari industri kereta mewah seperti Porsche, Ferrari, Aston Martin dan Fiat Group.
- ♕ Paul Newsome, bekas jurutera Jaguar, BMW dan MG Rover (merangka pelan kejuruteraan produk Lotus).
- ♕ Donato Coco, bekas pegawai kanan Ferrari (pelan rekaan produk baru Lotus).
- ♕ Andreas Schlegel, bekas pegawai yang bertanggungjawab merangka strategi pemasaran Daimler-Benz, Prosche AG (mengetuai bahagian pembangunan jenama dan pemasaran kereta Lotus).
Model Baru dan Pasaran Global.
- ♕ Menjelang 2015 Lotus akan memperkenalkan model baru.
- ♕ Model akan datang Lotus bakal mengaplikasikan teknologi yang terkini & lebih upmarket seperti 7-speed twin clutch transmissions, active aerodynamics, continuously variable dampers, hybrid dan sistem range extender , heads up displays & juga penggunaan alcohol sebagai bahan api.
- ♕ Bakal meletakkan kereta Lotus sebaris dengan Ferrari & Porsche.
- ♕ Lotus juga akan mempunyai kereta kecil global seperti Proton EMAS.
- ♕ Mereka akan bekerjasama untuk menghasilkan model ini.
- ♕ Proton akan mengeluarkan versi hacthback 5 pintu untuk dipasarkan di Asia & Timur Tengah.
- ♕ Lotus pula akan mengeluarkan versi sport 3 pintu yang akan dipasakan secara global.
Sasar 30 Unit Lotus Evora Pada Tahun Pertama.
- ♕ Menyasar untuk menjual 30 Lotus Evoras pada tahun yang pertama, berikutan harga yang menarik dan penambahbaikan pada kereta itu.
- ♕ Sasaran jualan boleh dicapai terutamanya dengan tempahan 10 unit setakat ini.
- ♕ Lotus Evora menawarkan keselesaan perjalanan dengan harga yang menarik.
- ♕ 12 jurutera Proton telah menjalani latihan selama satu tahun setengah dan telah terbabit dalam pembangunan kereta itu.
- ♕ Lotus Evora berharga RM443,480 (spesifikasi sukan), RM463,650 (spesifikasi teknikal), RM472,110 (spesifikasi sukan dan teknologi) dan RM490,210 (spesifikasi edisi pelancaran).
No comments:
Post a Comment