Persona Facelift
Rear Lamp & AudioUnit
Foto eksklusif ini, saya peroleh dari laman blog Funtastickodesign. Di mana kita dapat lihat dengan jelas rekabentuk lampu belakang bagi model yang bakal dikeluarkan oleh Proton tidak lama lagi, iaitu Persona facelift. Lampu belakang model ini kelihatan seperti lampu belakang beberapa model Mercedes Benz, sebagai contoh model Mercedes Benz-C63 (AMG Carlsson CK63S).Manakala di bawah ini pula adalah audio unit yang bakal disertakan dalam model tersebut. Kelihatan terdapatnya USB port. Setakat ni, tiada lagi info kukuh untuk memastikan lain-lain features yang terdapat pada audio unit ini, mahupun pada model Persona ini.
No comments:
Post a Comment