Thursday, February 25, 2010

Crash Test - Perodua Alza

PERODUA ALZA
1st Passenger Car Outdoor Crash Test

Alza Crash Test yang dijalankan oleh MIROS di MIAT, Dengkil.

Malaysian Institute of Road Safety Research, turut dikenali sebagai MIROS menjalankan ujian pelanggaran luar (outdoor crash test) pertama negara di Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), Dengkil semalam (25 Feb 2010). Menurut MIROS ujian ini adalah satu permulaan bagi kemudahan ujian nahas yang lengkap yang akan dibangunkan di Melaka dan dijangka akan beroperasi pada Jun tahun ini.


Perancangan dibuat bagi Alza untuk melanggar treler pada kelajuan 35km/h. Dan kemudiannya ujian tersebut akhirnya dijalankan pada kelajuan 30 km/h. Ujian pelanggaran ini berjaya, dan ada beberapa lagi penemuan masih dianalisis ketika ini. Selepas diuji, terbukti kedua-dua beg udara depan pada Alza digunakan (berfungsi) dan kerosakan pada MPV tersebut adalah terhad (sedikit) untuk bahagian hadapan kenderaan itu serta tidak mengganggu kedudukan enjin dan bahagian-bahagian penting dalaman termasuk dashboard dan pedals intact.


Institut itu juga menganugerahkan pensijilan Malaysian Vehicle Assessment Program (MyVAP) kepada kenderaan yang mematuhi piawaian keselamatan MIROS dan Alza menjadi kenderaan kedua memperoleh pensijilan MyVAP selepas Proton Exora. Kedua-dua MPV kini memperoleh rating MyVAP 4 bintang.


No comments:

Post a Comment

Privacy Policy