Saturday, February 27, 2010

Persona Facelift : Rear Lamp & Audio Unit

Persona Facelift
Rear Lamp & AudioUnit

Foto eksklusif ini, saya peroleh dari laman blog Funtastickodesign. Di mana kita dapat lihat dengan jelas rekabentuk lampu belakang bagi model yang bakal dikeluarkan oleh Proton tidak lama lagi, iaitu Persona facelift. Lampu belakang model ini kelihatan seperti lampu belakang beberapa model Mercedes Benz, sebagai contoh model Mercedes Benz-C63 (AMG Carlsson CK63S).

Manakala di bawah ini pula adalah audio unit yang bakal disertakan dalam model tersebut. Kelihatan terdapatnya USB port. Setakat ni, tiada lagi info kukuh untuk memastikan lain-lain features yang terdapat pada audio unit ini, mahupun pada model Persona ini.

Friday, February 26, 2010

Preview : Geneva Motorshow 2010

Preview : Geneva Motorshow 2010


Geneva Motorshow 2010 yang akan diadakan bakal menyaksikan pelbagai model terbaru dan model konsep. Ia akan berlangsung bermula 4 Mac hingga 14 Mac 2010. Untuk maklumat berkenaan Geneva Motorshow 2010, sila klik di SINI untuk pautan terus ke wikipedia.

Antara model-model yang bakal diperkenalkan di sana adalah:
(klik pada nama model-model kereta di bawah untuk mendapatkan info terus dari autocar.co.uk)

AC city car, AC MkVI, Alfa Romeo Giulietta, Alfa Romeo Pandion, Audi A1, Audi A8 hybrid, Audi RS5, Aston Martin Cygnet, Bentley Continental Supersports cabriolet, BMW X5, BMW Active Hybrid 5-series, Bufori MKVI, BYD e6, Cadillac relaunch,Carlsson C25, Chevrolet Aveo RS, Citroen DS3 Racing, Citroen DS4 High Rider, Ferrari 599 GTO, Ferrari 599 hybrid, Fiat 500C Abarth and Punto Evo Abarth, Fiat Doblo, Fiat’s Twin-Air engine, Fisker Karma, Ford C-Max and Grand C-Max, Ford Focus, Ford Focus RS special edition, Hispano Suiza, Honda 3-RC, Honda CR-Z, Hyundai i-flow, Idea hybrid, Infiniti EX/FX diesels, Infiniti M, Jaguar XKR, Kia Sportage, Lexus CT 200h, Lotus Elise, Lotus Evora Cup racer, Lotus Evora hybrid, Maserati Quattroporte Sport GT S Awards Edition, Mazda 5, Mazda 6 facelift, Mazda MX-5 20th Anniversary, Mercedes F800 Style, MercedesSport E-class range, Mini Countryman, Mini JCW diesels, Mitsubishi ASX, Nissan Juke, Nissan Micra, NLV Quant, Pagani Zonda Tricolore , Peugeot 508 concept, Peugeot SR1, Pininfarina’s Alfa Romeo spider, Porsche Cayenne, Porsche Cayenne hybrid, Porsche Panamera V6, Porsche 911 GT3 Hybrid racer, Porsche 911 Turbo S, Proton hybrid concepts, Protoscar Lampo 2, Renault Megane CC, Renault Wind, Rinspeed UC?, Seat Ibiza ST, Skoda Fabia and Roomster facelift, Skoda Fabia vRS, Subaru Impreza XV, Suzuki Kizashi, Tata Aria, Toyota Auris facelift, Toyota RAV-4, Toyota FT-86, Vauxhall Flextreme GT/E, Vauxhall Meriva, Volkswagen Polo GTI, Volkswagen Cross Polo, Volkswagen Sharan, Volkswagen Touareg, Volvo S60.

Thursday, February 25, 2010

Crash Test - Perodua Alza

PERODUA ALZA
1st Passenger Car Outdoor Crash Test

Alza Crash Test yang dijalankan oleh MIROS di MIAT, Dengkil.

Malaysian Institute of Road Safety Research, turut dikenali sebagai MIROS menjalankan ujian pelanggaran luar (outdoor crash test) pertama negara di Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), Dengkil semalam (25 Feb 2010). Menurut MIROS ujian ini adalah satu permulaan bagi kemudahan ujian nahas yang lengkap yang akan dibangunkan di Melaka dan dijangka akan beroperasi pada Jun tahun ini.


Perancangan dibuat bagi Alza untuk melanggar treler pada kelajuan 35km/h. Dan kemudiannya ujian tersebut akhirnya dijalankan pada kelajuan 30 km/h. Ujian pelanggaran ini berjaya, dan ada beberapa lagi penemuan masih dianalisis ketika ini. Selepas diuji, terbukti kedua-dua beg udara depan pada Alza digunakan (berfungsi) dan kerosakan pada MPV tersebut adalah terhad (sedikit) untuk bahagian hadapan kenderaan itu serta tidak mengganggu kedudukan enjin dan bahagian-bahagian penting dalaman termasuk dashboard dan pedals intact.


Institut itu juga menganugerahkan pensijilan Malaysian Vehicle Assessment Program (MyVAP) kepada kenderaan yang mematuhi piawaian keselamatan MIROS dan Alza menjadi kenderaan kedua memperoleh pensijilan MyVAP selepas Proton Exora. Kedua-dua MPV kini memperoleh rating MyVAP 4 bintang.


Wednesday, February 24, 2010

Keluarga Proton City Car Concept - Mini SUV

Proton's City Car Family Launched
Mini SUV

Syarikat rekabentuk Itali, Italdesign Giugiaro telah mencipta sebuah lagi keluarga city car untuk Proton, berdasarkan Lotus-developed hybrid powertrain dan ia akan didedahkan pada minggu depan di pameran Geneva.

ini adalah termasuk model hatchback 3 dan 5 pintu, bersama dengan satu versi mini SUV dengan ground clearance. Model hatcback itu menempatkan empat tempat duduk manakala mini SUV boleh menampung lima tempat duduk.


Untuk info terdahulu berkenaan Proton City Car, sila klik di SINI.


Link Cadangan:
  • klik di SINI untuk foto2 terkini dari Italdesign di Geneva.

UPDATE : Pameran Auto Malaysia 2010

Acara:
Auto Malaysia 2010 International Exhibition on Automotive equipment, parts, components, accessories, technologies and services.

Tarikh:
March 19 – 21, 2010.

Masa:
10am - 6pm.

Jenis Acara:
An annual international trade exhibition specialized in Automotive Equipment, products and services.

Kebenaran Masuk:
Trade and professional only (visitors under 18 will not be admitted) for the first 2 days and trade and public on the third day.

Tempat:
Hall A, MATRADE Exhibition and Convention Centre, (MECC) Kuala Lumpur.

Pempamer:
100 exhibiting companies from 20 countries.

Pelawat:
3,000 trade and professional visitors.

Penganjur:
Asif International (M) Sdn Bhd

download brochure Auto Malaysia 2010.

Tuesday, February 23, 2010

Countdown - Proton Concept

layari www.protonconcept.com, dan buat undian
"Would you like this to be the future of Proton?"

nantikan kemunculan model ini, 2 Mac 2010..!!

Monday, February 22, 2010

Pratonton Geneva : Lotus Papar Platform Proton City Car Concept


Lotus telah menampilkan Proton City Car Concept terlebih dahulu sebelum ianya diperkenalkan di Geneva Motorshow minggu depan.

Menurut Lotus, kereta konsep ini, disediakan oleh Italdesign, akan menjadi kenderaan pertama yang menggunakan enjin Lotus Range Extender engine, iaitu satu siri hybrid yang dilengkapi dengan enjin 1.2 liter tiga silinder yang menghantar kuasa elektrik untuk drive motors kepada transmisi kelajuan tunggal (single speed transmission). Palam yang terdapat pada kereta konsep ini boleh dipasang pada mana-mana AC utama, serta membenarkan pemandu memandu dengan bekalan elektrik sahaja untuk range yang tidak ditentukan.

Lotus Range Extender pada asalnya diperkenalkan di Frankfurt Motor Show tahun lepas dan jika Lotus meneruskan usaha ini, kita akan dapat melihat Proton City Car Concept dijual dalam masa tiga tahun lagi.

*Edisi Bahasa Inggeris, sila klik di SINI.

Pameran Auto Malaysia 2010

100 Syarikat Sertai Pameran Auto Malaysia 2010
  • Kira-kira 100 syarikat dari 10 negara akan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di pameran dwitahunan Auto Malaysia 2010 dari 19 hingga 21 Mac 2010.
  • Kira-kira 3,000 pelawat dijangka mengunjungi pameran tersebut.
  • Penganjur: Asif International (M) Sdn. Bhd.
  • Bengkel kerja dan seminar bertemakan "Natural Gas Vehicle (NGV): Saving Costs and Tapping Opportunities" akan diadakan bagi pengendali bengkel, mekanik, vendor, pengeluar kereta dan orang awam.
  • Ketika ini, terdapat empat pengeluar kenderaan penumpang dan perdagangan, satu pengeluar motosikal dan sembilan pemasang kenderaan motor di Malaysia.
  • 76 pengimport kereta dan 37 pemegang francais pelbagai model telah diberikan kelulusan untuk mengimport kenderaan motor.
  • Sektor automotif Malaysia berada di kalangan 20 utama dunia dan Malaysia merupakan pasaran dan pengeluar kereta penumpang terbesar di rantau Asean.
*sumber dipetik dari Bernama.
*berita berkenaan KL International Autoshow 2010, sila klik di SINI.

Saturday, February 20, 2010

Pergh My Ride - KIA Forte

Pergh My Ride Contest
KIA FORTE

ini adalah cubaan pertama saya untuk mengikuti contest yang dijalankan di Pergh.com.. di mana, model Kia Forte akan dipertaruhkan bagi contest ini.. di sini, kita dapat melihat hasil2 kerja pengubahsuaian imej Kia Forte oleh ahli2 Pergh.com..

KIA FORTEeN.. hehe~

seperti yang anda lihat pada hasil kerja saya, ini, antara penambahan dan pengubahsuaian yang saya lakukan pada model Kia Forte:
  • menggunakan konsep cabriolet.
  • headlamp lebih kecil.
  • grill besar, dan ditimbulkan ke hadapan.
  • logo 'G' tu, untuk "g-mie".. hehe~
  • bumper depan dipanjangkan ke bawah.
  • skirting yang lebih sporty.
  • 2 seaters.
  • sportrim yang bergaya.
  • rekabentuk simple dan tidak terlalu ekstrim.

UPDATE: Pergh My Ride - KIA FORTEO

Hasil kedua saya untuk Contest - Pergh My Ride (Kia Forte).. modifikasi kali ni simple, di mana saya menukarkan Kia Forte ini kepada warna merah yang cukup menawan.. kemudian, bumper depan yang digunakan adalah dari model Satria Neo CPS, tambahan skirting yang ringkas, dan sportrim bergaya.. so macam mana..? OK tak..?? hehe~

UPDATE: Pergh My Ride - KIA FORTE Racing Concept


Friday, February 19, 2010

Proton Hybrid Concept Car - Teaser Image

Proton Hybrid Concept Car
Teaser Image di Web Italdesign Giugiaro

Italdesign Giugiaro telah/akan meletakkan teaser image yang berbeza-beza bagi model Proton Hybrid Concept Car di laman web mereka sehingga hari pelancaran model tersebut di Geneva yang bakal berlangsung sekitar March 2010 nanti.

Wednesday, February 17, 2010

Photoshopped : Perodua Myvi 2010

Perodua Myvi
Enhancement 2010

Hasil kerja kali ni, saya menjadikan model terkini Daihatsu Boon sebagai impression saya bagi model generasi kedua Myvi. Di mana, saya hanya mengubah sedikit bahagian hadapan (bumper).

Namun, sejauh mana model terkini Daihatsu Boon akan di-rebadge oleh Perodua bagi menggantikan Myvi yang sedia ada kini..??

Exora (Kementerian Kesihatan) Spotted


Exora, merupakan model MPV pertama Proton; dan baru-baru ini saya terlihat Exora (seperti yang tertera di atas) meluncur sebagai van Kementerian Kesihatan di sekitar Sri Rampai, Wangsa Maju. Jadi, tidak silaplah jika Exora sememangnya sebuah MPV yang serba boleh!

Exora ketika dipamerkan di Hari Keluarga Proton baru-baru ini
(sumber foto dari funtastickodesign)

Thursday, February 11, 2010

Hybrid Proton Concept Revealed

  • Ini adalah gambar pertama model konsep Proton yang telah direkabentuk oleh Italdesign Giugiaro dan dikatakan sebagai prebiu model pengeluaran.
  • Mempunyai empat tempat duduk, merupakan model hatchback 5-pintu dengan 3550mm panjang, Giugiaro berkata "ia set untuk merevolusikan segmentasi tradisional dalam pasaran kereta" dan "dibangunkan dengan tujuan mengoptimakan ruang dan ergonomi".
Lain-lain maklumat:
  1. Built on an all-new.
  2. Giugiaro-designed platform.
  3. Mempunyai satu floorpan yang menempatkan hybrid system’s batteries di bahagian belakang.
  4. Casis yang direka khas mempunyai lantai tinggi yang boleh memuatkan enjin konvensyenal serta bateri sistem hybrid (lithium ion batteries) di bahagian belakang.
  5. Pemanduan elektrik sepenuhnya.
  6. Akan diperkenalkan di Pameran Motor Geneva pada 2 Mac.


UPDATE:
  • Proton Holdings Bhd akan memperkenalkan sebuah kereta konsep, hasil usaha sama kreatif dengan Italdesign Giugiaro, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa ke-80 di Geneva pada 2 Mac, 2010.
  • Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata kerja sama itu adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang kumpulan itu untuk mencapai standard automotif global dan mengembangkan kehadirannya di seluruh dunia.
  • Italdesign Giugiaro adalah syarikat perkhidmatan bebas yang menyediakan sokongan reka bentuk, kejuruteraan dan sokongan lain untuk menghasilkan produk baru.
  • Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka melancarkan kereta konsep proton pada pertunjukan itu, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
  • Kereta konsep itu direka untuk memaksimakan ruang sambil mengekalkan konsep kereta kompak.

Monday, February 8, 2010

Artwork : New Waja (Impression)

new header - auto akasia

Selepas saya melihat poster untuk Peraduan Namakan Proton Sedan baru2 ni, berdasarkan rekabentuk kereta (garisan merah) pada poster tersebut, maka lahirlah impression saya dan diluahkan pada artwork ni, hehe.. lampu hadapan yang digunakan berdasarkan rekabentuk Lancer, grill diubahsuai dari model VW Passat.. Layan~

Saturday, February 6, 2010

Kelisa Mini-Cooper Design Custom

Kelisa Mini-Cooper
Design Custom

Saya dah lama minat model keluaran Perodua, Kelisa.. Sebab comel.. Drive pun best je.. Cuma saiznya je yang agak kecil.. Kalau ada sebuah Kelisa, nak je saya pasang Kelisa Mini-Cooper Kit nie.. hehe.. Layan~

sumber foto dari monstermodz

Fullset Kelisa Mini Cooper kit (1)
(click here for more info)
  • Custom-made Mini front grill and hood.
  • Widebody arches.
  • Front rear Mini bumper.
  • Sideskirts.
  • Fullcar Crystal white respraying with Mini black linings.
sumber foto dari monstermodz

Fullset Kelisa Mini Cooper kit (2)
(click here for more info)

Peraduan Namakan Proton Sedan

POSTER - Peraduan Namakan Proton Sedan

Maklumat ini, saya perolehi dari Funtasticko Design.. Mengenai Peraduan Menamakan Proton Sedan, di mana ia terbuka kepada semua warga Proton (PHB, PESB, PTM & Miyazu).. Difahamkan, model yang maksudkan kemungkinan besar adalah model gantian Waja (Waja Replacement Model).. Saya berminat dengan garisan merah berbentuk kereta tu.. Adakah ia, WAJA 2010..???

Friday, February 5, 2010

Modifikasi : Yamaha FZ150i

Yamaha FZ150i
Seperti yang kita tahu, model Yamaha FZ150i ini telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia beberapa tahun yang lalu.. Cuma kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda, hasil modifikasi model Yamaha ini.. Hasil modifikasi ini, adalah dari Malaysia.. Memang kreatif..!!

ni laa hasil modifikasi yang dimaksudkan tu..

Menurut pemilik Yamaha FZ150i ni, antara part2 yang digunakan dalam modofikasi ini adalah:
  • fairing 135LC (seperti dalam gambar kat atas ni..)
  • handle kips..
  • side mirror koso..
  • engine cover..
  • spotlight..
  • windshield cataly..
  • dan beberapa fairing accessories (serta aksesori kecil yang lain..)
Actually, ada modifikasi yang dibuat oleh pemilik FZ150i nie sebelum memulakan modifikasi di atas ni.. kalau nak tahu.. jom layan video2 ni bawah nie..


PART ONE - MY BABY DRAGON FZ150i


PART TWO - MY BABY DRAGON FZ150i


PART THREE - MY BABY DRAGON FZ150i

Thursday, February 4, 2010

Photoshopped : Saga Modified

hasil modifikasi menggunakan adobe photoshop

hasil modifikasi kali ni, saya gunakan model Saga (BLM).. tiada ubahsuai ekstrim untuk hasil kali ni, hanya menukar grill dan bumper depan.. tambahan skirting dan air scoop di atas standard hood Saga, sportrim dan cermin gelap, grafik di sisi pintu depan dan belakang, dan kereta direndahkan.. headlamp masih dikekalkan.. so, macam mana..?? OK tak..???
Privacy Policy