Thursday, November 19, 2009

Exora Base Line & Proton 4 You

Exora Basic Dilancar
"Proton yakin MPV mampu lonjak jualan kenderaan 5%"

Dipetik dari Akhbar Metro Edisi 20 November 2009:

Model Exora basic keluara Proton yang akan dilancarkan di seluruh negara, esok dijangka dapat menyumbangkan 5% kepada jumlah jualan Exora bagi tahun kewangan berakhir 30 Mac 2010.

Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed tahir, berkata sehingga kini Proton merekodkan 26,000 unit tempahan MPV Exora sejak dilancarkan April lalu manakala 17,000 unit sudah didaftarkan dan digunakan pelangganya.

Katanya, bagi Exora basic pula orang ramai boleh membuat tempahan dengan bayaran RM500 dan model itu dijual pada harga RM57,548 di semenanjung dan RM60,148 di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Proton turut melancarkan kempen Proton 4 You esok dan lusa di semua cawangan Proton Edar dan EON di seluruh negara bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat terkini.

Promosi Exora Base Line Di Akhbar

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy