Monday, November 23, 2009

4000 Unit Alza Sebulan

Perodua Sasar Jual 4,000 Unit Alza Sebulan.

Majlis pelancaran di Kuala Lumpur Convention Centre.
  • Perodua sasar meningkatkan penguasaannya dalam pasaran kenderaan tempatan kepada 33.3 peratus tahun depan susulan pengenalan Alza.
  • Sasarkan menjual sehingga 4,000 unit Alza sebulan.
  • Direka untuk memenuhi keperluan pengangkutan keluarga dengan reka bentuk dinamik dan moden, selain harganya yang kompetitif.
  • Alza yang berasal dari perkataan Sepanyol dan membawa maksud "untuk meningkat" didatangkan dalam enam warna termasuk satu warna baru iaitu unggu (Classy Purple). Warna lain ialah hitam (Ebony Black), putih (Ivory White), putih mutiara (Pearl White), kelabu (Medallion Grey) dan perak (Glittering Silver).
  • Versi mewah Alza dengan gear manual dan automatik mulai Mac 2010 pada harga atas jalan antara RM67,000 dan RM70,000 seunit.

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy