Saturday, November 28, 2009

Lotus Ride & Handling

Proton Persona
Lotus Ride and Handling

Adakah anda telah menonton iklan terbaru dari Proton? Iklan yang memaparkan aksi seorang wanita yang sarat mengandung memandu dan mengendali Proton Persona. Jika belum, jom kita layan video dan suntingan gambar dari iklan tersebut, eksklusif di Auto Akasia.

Beberapa aksi yang dipaparkan dalam iklan.


Update : Persona Facelift

Info Terkini Persona Facelift

Seperti yang anda lihat pada imej2 Persona Facelift ini, ciri2 yang terdapat padanya adalah:
  • bumper depan baru seperti Gen.2 CPS dengan grill yang diubahsuai (chrome + matte black).
  • side mirror dengan lampu isyarat membelok (seperti model Exora).
  • aerokit baru beserta spoiler baru.
  • sportrim aloi, saiz sama seperti Persona model sebelumnya.
  • smoked headlamp (seperti Persona SE).
  • lampu belakang dengan LED.
  • audio headunit dengan skrin LCD (tapi tak tahu laaa apa features-nya).

Ciri2 lain yang tidak kelihatan pada imej2 di atas:
  • IAFM engine remains, with new 32bit ECU, that’s equipped with a new sensor (undisclosed function), that handles a wider fueling and ignition mapping, for a more refined performance and fuel economy.
  • special features on the headlamps and cabin lamp, sorta like a timer/dimmer, like the Exora, but only on the HL variant.
Lain2 info berkaitan:
  • model gantian Persona akan menggunakan platform baru, dengan rekabentuk dan enjin baru.
"..saya pernah buat sketch untuk Persona facelift pada 18 Ogos 2009.. hanya impression je laa.. bila saya buka semula link berkenaan sketch tu.. rasanya ada iras2 dengan Persona facelift sebenar.. KEBETULAN je kot.. untuk melihat sketch tu, sila klik di SINI.."

Thursday, November 26, 2009

Photoshopped : Alza Exclusive Edition

ALZA Exclusive Edition
by g-mie

hehe, kali ni Perodua Alza menjadi mangsa ubahsuai.. orait.. kenapa Exclusive Edition..?? sebab nya, model ni saya 'panjang'kan sedikit.. ia kelihatan seperti Toyota Avanza.. disertakan bodykit yang sporty (ye ke..?? hehe~) sportrim cilok entah mana2.. idea ubahsuai ni, saya ambil dari ubahsuai yang Bro Chaku buat pada Proton Exora.. amacam, cun tak..??

Tuesday, November 24, 2009

Proton Persona Propulsion Concept

Proton Persona
Propulsion Concept diuji di Lebuhraya Kesas

kalau dilihat dari foto ni, nampak seperti Persona biasa je.. tapi, kalau dilihat dari dekat akan tertera GREEN - Propulsion Concept.. sticker GREEN-Propulsion Concpet penuh pada sisi body Persona ni..

maaf laa, tak sempat ambil gambar penuh (bahagian sisi & depan).. masa tu banyak kenderaan.. susah nak ambil gambar masa drive.. foto ni saya ambil di Lebuhraya Kesas tadi (25 Nov).. Persona ni menghala ke susur keluar untuk ke kilang Proton di Shah Alam..

Spesifikasi Saga Propulsion Concept

Monday, November 23, 2009

Model Gantian Waja Tahun Depan

Waja Replacement Model
model baru mendapat sentuhan pakar rekabentuk antarabangsa

PROTON Holdings Bhd (Proton) yang memulakan program penggantian model lamanya empat tahun lalu bertujuan meningkatkan daya saingnya di pasaran domestik dan antarabangsa, bakal melancarkan sebuah lagi model baru tahun depan yang akan menggantikan Waja.
  • Hasil kerjasama kejuruteraan dengan pengeluar automotif global selain menggunakan sentuhan pakar reka bentuk antarabangsa.
  • "Persediaan bagi pelancaran model baru itu sudah bermula. Kami menggunakan kepakaran antarabangsa supaya ia lebih diterima, termasuk pada peringkat global. Sebagai pengeluar kereta, kami perlu mempunyai produk baru setiap tahun, justeru, akan ada satu lagi model baru diperkenalkan tahun depan." kata Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
  • Proton turut menyasarkan melancarkan sekurang-kurangnya dua model baru setahun dalam beberapa tahun lagi.

4000 Unit Alza Sebulan

Perodua Sasar Jual 4,000 Unit Alza Sebulan.

Majlis pelancaran di Kuala Lumpur Convention Centre.
  • Perodua sasar meningkatkan penguasaannya dalam pasaran kenderaan tempatan kepada 33.3 peratus tahun depan susulan pengenalan Alza.
  • Sasarkan menjual sehingga 4,000 unit Alza sebulan.
  • Direka untuk memenuhi keperluan pengangkutan keluarga dengan reka bentuk dinamik dan moden, selain harganya yang kompetitif.
  • Alza yang berasal dari perkataan Sepanyol dan membawa maksud "untuk meningkat" didatangkan dalam enam warna termasuk satu warna baru iaitu unggu (Classy Purple). Warna lain ialah hitam (Ebony Black), putih (Ivory White), putih mutiara (Pearl White), kelabu (Medallion Grey) dan perak (Glittering Silver).
  • Versi mewah Alza dengan gear manual dan automatik mulai Mac 2010 pada harga atas jalan antara RM67,000 dan RM70,000 seunit.

23 Nov 2009 : Pelancaran Alza

PERODUA ALZA
Car One Moment, MPV The Next

Perodua Alza, yang dinanti-nantikan telah pun dilancarkan pada 23 November 2009. Merupakan model 7-seaters pertama dari Perodua, berasaskan model Toyota Passo Sette.

Ia mempunyai gaya tersendiri. Pada pendapat saya, model ini sesuai untuk mereka yang inginkan lebih ruang dari Perodua Myvi.

Perbezaan Alza dan MPV lain:Perbezaan Alza, Exora, Livina, Avanza, Rondo & Innova.

Harga Perodua Alza:

Sedutan Perodua Alza - TV Commercial:

Sunday, November 22, 2009

Proton Exora Base Line

Proton Exora
base line model

Auto Akasia ingin berkongsi dengan anda beberapa foto Exora - base line model di sekitar Karnival Proton di Shah Alam. Sumber foto diperoleh dari kereta.info

Untuk berita lanjut berkenaan model MPV Rakyat dari Proton ini, sila klik di SINI.

Spyshots: Proton Persona Facelift

Persona Facelift
a.k.a Persona Enhancement

seperti yang diwar-warkan dalam forum2 automotif berkenaan model terkini dari Proton, iaitu Persona facelift kini secara eksklusif dipaparkan kepada anda.. secara teknikalnya, belum ada info2 tepat diperoleh.. tetapi dari spyshots ini, ketara model ini menggunakan side mirror beserta signal lamp (seperti Exora), lampu belakang LED, grill hadapan baru, sportrim rekabentuk baru dan warna baru..

bahagian sisi dan belakang.

bahagian hadapan dan enjin.

bahagian belakang.

credit to: funtasticko design, dan drexchan.fotopic.net

Friday, November 20, 2009

Brochure : Alza (Advanced Version)

Perodua Alza
Advanced Version (AV)

Ini dia, brochure Perodua Alza. Model yang dipaparkan adalah model Advanced Version. Difahamkan ia akan dilancarkan pada bulan Mac 2010. Model Alza AV ini mempunyai beberapa ciri yang hebat seperti bodykit yang bergaya, GPS dengan reverse camera, tinted film dan leather seat cover.

sumber diperoleh dari funtasticko design

Photoshopped : Neo Mirage

Satria Neo
with Gemballa GT Carbon Editon Bodykit

dah lama tak ubahsuai kereta dengan Adobe Photoshop CS3 nie.. asyik buat sketch & rendering je kan.. jadi, kali ni saya ubahsuai foto Satria Neo (standard) dengan menambah bumper depan model Gemballa Mirage GT Carbon Editon.. macam ngam je.. nampak sporty.. cuma yang tak best je foto ni, saya buat black & white je..

kat atas ni, foto asal yang saya gunakan.. jadi, siapa2 yang berminat nak reka bumper depan Satria Neo, bolehlah gunakan konsep ni untuk diketengahkan.. orait.. hehe~

Thursday, November 19, 2009

Exora Base Line & Proton 4 You

Exora Basic Dilancar
"Proton yakin MPV mampu lonjak jualan kenderaan 5%"

Dipetik dari Akhbar Metro Edisi 20 November 2009:

Model Exora basic keluara Proton yang akan dilancarkan di seluruh negara, esok dijangka dapat menyumbangkan 5% kepada jumlah jualan Exora bagi tahun kewangan berakhir 30 Mac 2010.

Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed tahir, berkata sehingga kini Proton merekodkan 26,000 unit tempahan MPV Exora sejak dilancarkan April lalu manakala 17,000 unit sudah didaftarkan dan digunakan pelangganya.

Katanya, bagi Exora basic pula orang ramai boleh membuat tempahan dengan bayaran RM500 dan model itu dijual pada harga RM57,548 di semenanjung dan RM60,148 di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Proton turut melancarkan kempen Proton 4 You esok dan lusa di semua cawangan Proton Edar dan EON di seluruh negara bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat terkini.

Promosi Exora Base Line Di Akhbar

Wednesday, November 18, 2009

Perodua Alza - Test Drive Unit

Perodua Alza
test drive unit

kredit untuk Funtasticko Design

hurmm~ ni dia, Perodua Alza.. akhirnya dapat juga Auto Akasia paparkan model terbaru Perodua ni, dengan badge ALZA pada belakang MPV ni.. foto ni memaparkan Alza - test drive unit.. di mana, model ini dilengkapi dengan bodykit yang boleh tahan stylo juga laa.. disertakan juga spoiler di bahagian belakang.. so, macam mana..? berminat..??? apa lagi, buat tempahan sekarang.. pastikan anda membuat pilihan bijak..

Lakaran : Persona (R)

Persona (R)
by g-mie

memandangkan isu Persona Replacement Model hangat diperkatakan, saya mula laa gatal tangan nak buat sketch untuk model tu.. difahamkan model ini direkabentuk dengan usahasama pereka Proton dan pereka dari Italdesign-Giugiaro.. bakal dilancarkan pada 2012..

hurmm~ kerja2 mewarna saya tak tekankan sangat.. buat seringkas mungkin je ni.. sebab nak elak ambil masa yang lama.. hehe.. (padahal malas le tu.. huh~!!)

sketch yang saya paparkan di bawah ni, sketch asal sebelum diwarnakan.. lukis pun cincai je.. atas examination pad.. hehe~ kertas A4 sudah kehabisan.. ni pun main conteng2 je.. layan je laaa~

Tuesday, November 17, 2009

Proton Exora Base Line

Proton Exora 1.6 MT Base Line


Kini dibuka untuk tempahan.. model ini sesuai untuk mereka yang inginkan kenderaan 7 seaters dan luas.. serta mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana.. difahamkan ada beberapa spesifikasi teknikal dan fizikal yang dikurangkan seperti:
  • 2nd row tanpa penghawa dingin..
  • Tanpa ABS dan EBD..
  • Tanpa sportrim..
  • hanya terdapat 1 airbag (untuk pemandu)..
Harga ditawarkan seperti di bawah:
  • EXORA base line - RM 57,998 (Metallic)
  • EXORA base line - RM 57,548 (Solid)

* kredit untuk : EOCM, Mudah.my dan Funtasticko Design

UPDATE: 20 Nov 2009

spesifikasi Exora Base Line (sumber: paultan.org)
  • Manual transmission only
  • Driver airbag only
  • Seatbelt pretensioner for driver only
  • Passenger airbag replaced with tissue box holder
  • No front seat back pockets
  • No grocery hook at the front passenger seat
  • No aircond outlet for 2nd row, but 3rd row outlets remain
  • Fabric flat knitting for the seats (M-Line uses fabric flat woven)
  • Only 2 headrests for the second row
  • No third row headrests
  • No door trim inserts
  • No assist grip for the third row
  • No inner carpet deck box
  • No luggage lamp
  • No rear power socket
  • Matte black finishing for gear knob, panel shift lever, door inner handle, center panel finishing, side mirror hosing finishing, exterior door handle, rear garnish
  • No front grille garnish
  • No front fog lamp
  • 15 inch steel wheel with cover
  • No reverse sensors
  • No ABS and EBD
PASTIKAN ANDA MEMILIH DENGAN BIJAK

Monday, November 16, 2009

Perodua MPV - Dibuka Untuk Tempahan

Kereta Juga MPV..
Dibuka untuk tempahan


"Kereta juga MPV.." itu yang disifatkan kepada model terbaru keluaran Perodua, yang bakal dilancarkan pada 23 November ini.. kepada mereka yang berminat, anda boleh membuat tempahan sekarang di pusat2 jualan Perodua yang sah.. pastikan anda membuat pilihan yang bijak.. OK~

Friday, November 13, 2009

Lotus F1 Racing

Lotus F1 Racing Lulus Ujian Kemalangan Dalaman


  • Pasukan Lotus F1 Malaysia lulus ujian impak kemalangan dalaman.
  • Ini satu lagi kejayaan yang memberangsangkan dalam persediaan pasukan ini sebelum mempamerkan aksinya tahun depan.
  • Ujian dilakukan di bahagian tepi dan muncung depan kereta.
  • Ia dijalankan bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
  • Keputusan ujian : majoriti muncung hadapan telah mengalami kerosakan, namun sebahagian garisan putih menegak pada kotak muncung itu sememangnya perlu kukuh dan ianya masih kekal bertahan tanpa terjejas selepas ujian.

info ini diringkaskan dari petikan Bernama.. sila klik di SINI untuk berita penuh.

Wednesday, November 11, 2009

Lakaran : City Car

Savvy Concept
city car model


dah beberapa minggu saya tinggalkan kerja2 sketch dan render ni.. hehe~ hasil sketch ni, saya berpandukan dari tutorial2 bro chaku & bro slamba di blog funtasticko design.. dan, ini kali pertama kerja2 rendering dari saya diberikan sentuhan 'lens flare'..

model konsep ini, saya buat bagi model gantian Savvy.. di mana, ia diaspirasikan sebagai model city car, dengan konsep 'electric vehicle' atau EV concept.. model ini perlu diberikan suntikan "Zero Emission" untuk memastikan city car ini lebih efisien selain rekabentuknya yang agresif di dalam bandar.. ni imaginasi saya je laa, hehe.. OK, layan~

Thursday, November 5, 2009

Perodua MPV D46T Lancar 23 Nov

Perodua MPV D46T Dilancarkan
23 Nov 2009


Sumber Paultan.org menyatakan bahawa Perodua MPV ini bakal dilancarkan pada 23 November ini.. tempahan boleh mula dibuat pada 13 November 2009.. sumber lain mengatakan, model ini diberi nama Alza.. Perodua Alza.. sama-sama kita nantikan kemunculan sebenar pada 23 November 2009.. OK~

Wednesday, November 4, 2009

2010 - Chevrolet Camaro

Chevrolet - Camaro
Customized

Sebelum ni, saya kerap memberi info berkenaan Proton dan Perodua, serta sedikit tentang Naza Kia.. Kali ni, saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda model dari Chevrolet iaitu Camaro yang diubahsuai dan direka dengan edisi masing-masing.. Hal ini membuatkan saya teruja, kerana rekabentuk Camaro yang diubahsuai ni sangat menarik..

Camaro 2010 tanpa ubahsuai.

Sentuhan VR Camaro dengan gaya Lamboughini.

Camaro Edisi Hendrick Motorsports 25th Anniversary.

Camaro Edisi HPE700 LS9 oleh Hennessey.

Ingin melihat model Camaro tahun 1970 hingga 1981..?? Klik di SINI..
Untuk Edisi Jay Leno , klik di SINI..

Pengarah Pengurusan Baru Perodua

Pengarah Pengurusan Baru Perodua
Aminar Rashid Salleh

  • Perodua menyatakan bahawa, Aminar Rashid Salleh akan menggantikan Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar sebagai Pengarah Pengurusan Perodua yang baru.
  • Beliau yang berusia 49 tahun merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Kumpulan Pemasaran Strategik di UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
  • Berkhidmat di UMW Toyota Motor sejak tahun 1992.
  • Beliau merupakan pemegang Ijazah dalam Kejuruteraan Awam (Civil Engineering) dari Universti Teknologi MARA (UiTM) dan Diploma Eksekutif dalam Pengurusan Perniagaan dari University of Central Lancashire, United Kingdom.
info ini diringkaskan dan dialih bahasa dari kereta.info

Proton Perlu Jalin Perkongsian Strategik

  • Persatuan Vendor Proton atau Proton Vendors Association (PVA) sokong peruntukan kerajaan, agar Proton m'jalinkan hubungan dengan pengeluar kereta asing.
  • Proton perlu dapatkan rakan teknikal automotif & p'niagaan strategik global.
  • Bantu Proton bergerak ke hadapan dengan permintaan untuk mendapatkan teknologi t'baru.
  • Ini sepatutnya dilakukan dan penglibatan tempatan tidak membantu pengeluar kereta itu.
  • Usaha memulihkan Proton akan memakan masa yang lama dan bakal melibatkan banyak pihak, terutama sekali vendor.
  • Berbilion dolar diperlukanuntuk menambah baik Proton, di atas kesilapan m'benarkan individu / usahawam ambil alih Proton.
  • Satu perkongsian strategik baharu antara Proton dengan satu pengeluar peralatan asal (OEM) yang kukuh akan meningkatkan daya saing pengeluar kereta tempatan itu pada peringkat global dan memastikan daya majunya pada jangka panjang.
  • Perkongsian itu akan melibatkan penyertaan ekuiti dan kerjasama teknologi.
info ini diringkaskan dari sumber di bawah:
sumber: bernama dan kereta.info

Sunday, November 1, 2009

Naza - Kia Forte

NAZA - Kia Forte
dibuka untuk tempahan

Naza Kia Malaysia, telah membuka tempahan untuk model terkininya Kia Forte yang akan dilancarkan November 2009 dengan variasi 1600cc dan 2000cc. Ia akan dipasarkan dengan harga sekitar RM75,000 hingga RM90,000. Ini bakal menyaingi model2 sedan lain di Malaysia. Kia Forte yang telah ditempah oleh pelanggan/pengguna akan diterima pada bulan Disember 2009.

Spesifikasi Kia Fonte:

1.6cc DOHC CVVT engine
max power 124/6200rpm
torque 156Nm @ 4200rpm

2.0cc DOHC CVVT engine
max power 156/6200rpm
torque 194Nm @ 4300rpm
Multipoint injection

Aksesori Kia Fonte:

CD Player, Airbag driver, Airbag passenger, ABS Brakes, Alarm, Central lock, Adjustable steering, Electro-Chromic Mirror, Push Start Button, USB ipod, ABS/EBD, Auto Air-Conditioning, 17″ Alloy Wheel, 6 CD Changer, UV Cut Windshield
Multipoint injection
ABS, EBD ,BAS, TCS & ESP (SAFETY)
Reverse Sensor WITH DISTANCE DISPLAY
TRIP COMPUTER
MP3, USB port, Ipod, FM/AM radio, Indash 6CD changer

Privacy Policy