Proton Satria..

- diperkenalkan sekitar tahun 1995, merupakan model keluaran Proton kelas supermini, 3-d00rs hatchback.
- diinspirasikan dari model Mitsubishi Mirage, dan ia (Satria) mirip dengan model Proton Wira.
- dijana dengan pelbagai jenis kapasiti enjin (1.3l, 1.5l, 1.6l dan 1.8l).
Satria GTi - merupakan model yang telah diberi suntikan dari Lotus dan merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi, di mana pelbagai pengubahsuaian dibuat.. ini termasuklah handling dan enjin yang digunakan.. Satria GTi dijana dengan enjin berkapasiti 1.8l (130 hp, 97kW).. kelajuannya boleh mencecah 220km/h.. ia merupakan model edisi terhad di UK..
Satria R3 - dikeluarkan pada tahun 2003/2004, merupakan model edisi terhad di Malaysia (150 unit sahaja).. ia masih menggunakan enjin berkapasiti 1.8l, akan tetapi ia diubahsuai semula oleh Lotus dan Pasukan Pembangunan Perlumbaan Proton (atau R3 - Race, Rally, Research).. model ini juga istimewa, memandangkan ia menggunakan double stitch welded monocoque chassis (chasis ringan) disertakan front and rear strut tower brace bars..
Satria Special Edition - dikeluarkan pada tahun 2004, ia diberikan rekabentuk yang sporty berbanding model asalnya.. terdapat 2 pilihan warna, iaitu kuning dan hitam.. rekabentuk hadapannya menyamai model Wira Special Edition (edisi hitam dan merah untuk Wira)..
Satria Neo - diperkenalkan pada tahun 2006, merupakan Satria generasi kedua.. dijana dengan enjin Campro 1.3 dan 1.6 (menurut Wikipedia)..

Satria Neo CPS - merupakan model H-line bagi Satria Neo 1.6.. dijana dengan enjin Campro 1.6 CPS (Cam Profile Switching).. model ini menggunakan bodykit dengan sentuhan rekabentuk Satria GTi.. menariknya Satria Neo ini adalah pada kuasa enjinnya.. di mana, apabila mekanisma CPS itu mengubah low cam kepada high cam.. iaitu sehingga 4400rpm (berbanding CPS pada Waja CPS & Gen.2 CPS yang hanya mampu mencecah 3800 rpm)..
Satria Neo kini, telah digunakan untuk tujuan perlumbaan rally.. di mana, hampir keseluruhan pada model Satria Neo diubahsuai.. model tersebut di namakan, S2000.. jelas, bahawa Satria mempunyai auranya tersendiri.. jikalau tidak, masakan peminat di Australia menubuhkan kelab Satria GTi.. dan dibangunkan untuk tujuan perlumbaan rally..? hehe~
No comments:
Post a Comment