Friday, October 2, 2009

Enjin Baru Proton Pada 2011

Enjin Baru Proton Dijangka Siap Tahun 2011
  • Dijangkakan, enjin yang menggunakan alat pemampat tekanan kilas tinggi baru, enjin Berprestasi Lebih Tinggi Proton akan siap pada 2011.
  • Enjin berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Proton dan Lotus Engineering, dengan penglibatan aktif jurutera dan vendor Malaysia.
  • 50% komponen secara asasnya dibekalkan dan dimajukan bersama-sama dengan pembekal Malaysia.
  • Objektif pembangunan enjin ini pada dasarnya untuk menambah baik enjin serta pemindahan teknologi untuk Proton serta pembekal Malaysia.
  • Kira-kira 70 jurutera terlibat dalam pembangunan enjin.
  • Enjin baru itu mempunyai kapasiti 1,600 cc dan prestasinya bersamaan dengan enjin 2,000 cc.
  • Pemanduan hebat dengan ekonomi, prestasi dan pelepasan asap yang dipertingkatkan.
  • Telah diuji dalam semua keadaan cuaca dan ia sesuai untuk sebarang gred bahan api termasuk RON 95 dan RON 97.
  • Direkabentuk bagi memastikan ia mempunyai penyenggaraan rendah serta kemampuan perkhidmatan yang lebih baik. Ini penting untuk menjadikan kos pemilikan kepada pelanggan akan lebih rendah.
*diubahsuai dari petikan Bernama. (terima kasih kepada funtasticko design dan prodas.)

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy