Saturday, October 31, 2009

Spyshots: Proton Sedan (Waja/Perdana) Di China..??

WAJA / PERDANA
di China..??1stly, thanks kat Funtasticko Design yang menghangatkan lagi info2 terkini berkenaan Waja Replacement Model nie.. (sila klik di SINI untuk pautan ke Funtasticko Design).


Jika diperhatikan pada imej di atas sekali tu, tertera seakan2 logo Proton/Europestar. Dikhabarkan, ia mungkin model gantian untuk Waja/Perdana. Sejauhmana kebenarannya, saya pun tak pasti lagi. Apa pandangan anda, JIKA BENAR ini model gantian Waja/Perdana..???

Sumber Diperoleh Dari:
UPDATE (2 Nov 2009):
menurut beberapa forumer di ruangan forum automotif, menyatakan model ini adalah hasil ubahsuai (atau restyle) oleh Europestar untuk rebadge model Proton Gen.2 bagi pasaran di China.. harap maklumat ni benar & tidak lagi mengelirukan kita.. (hehe~)

Friday, October 30, 2009

NAZA Picanto (facelift)

Naza Picanto
facelift model 2009

Naza Naza Kia Sdn Bhd (NKSB) telah melancarkan model facelift terbarunya berasaskan model Kia Picanto (atau Naza Suria bagi model terdahulu). Dipasarkan dengan harga sekitar RM44,500 bagi Picanto LS dan RM46,800 bagi Picanto EX..

Bagi model Picanto EX, ia dilengkapi dengan bodykit dan rear spoiler. Selain itu, ia juga terdapat dual front airbags, 15-inch alloy wheels (bagi model LS, disertakan 14-inch alloy wheels) dan reverse sensors. Sistem audionya pula dilengkapi dengan spesifikasi tinggi. Ditawarkan dengan 4 warna pilihan (merah, hitam, putih dan silver).

Spesifikasi:
1.1-litre SOHC 4-cylinder 12-valve unit which produces 64 ps at 5500 rpm and 96 Nm of torque at 2800 rpm. It runs on RON95 petrol and meets Euro-2 emission standards. A top speed of 144 km/h is claimed with the 4-speed automatic transmission with fuel consumption at a constant 100 km/h said to be 17.2 kms/litre (which should give a range of 600 kms on a full tank of 35 litres). The chassis is a very simple, low-cost platform with MacPherson struts in front and a torsion beam rear axle. For brakes, the front discs are ventilated while drums are used at the rear. And though the Picanto weighs only 941 kgs, power steering is still provided as standard.
sumber www.motortrader.com.my

Pelancaran Naza Picanto.

Wednesday, October 28, 2009

Waja Replacement Model

WAJA Improva
my impression for waja replacement model

Imaginasi Waja Improva 2010.

1stly, thanks kerana sudi singgah menjenguk blog Auto Akasia yang seberapa ni.. nampaknya isu model gantian Proton Waja semakin hangat diperkatakan.. tidak lupa juga isu Proton Persona facelift & Perdana Replacement Model.. pelbagai andaian, pendapat dan imaginasi yang terlintas di antara mereka yang kerap berbincang tentang Waja Replacement Model (WRM 2010) ni..


OK, hasil rendering saya yang tak seberapanya ni, saya cuma bayangkan WRM tu mengikut imaginasi saya.. diinspirasikan dari model Evo X, dengan sedikit sentuhan Satria Neo dan Waja.. ada something yang saya tak suka.. LAMPU BELAKANG..!! tak cantik laa.. hurmm~ macam biasa, tayar & sportrim memang saya tak sertakan.. hehe~ sekiranya ada yang berminat nak edit Waja ni, boleh je.. dialu-alukan.. hasilnya nanti boleh emailkan kat saya..

Nama "Improva" tu saya create untuk gabungkan:
  • Im - Impian (nama Waja di luar negara)..
  • Pro - Proton..
  • Va - Variasi dan Inovasi..
  • Improva - dari perkataan improve..
*p/s: Link berkenaan WRM di Auto Akasia, sila klik di SINI.

UPDATE: 31 Oktober 2009 - by Bro Slamba

Diedit oleh Bro Slamba

hasil kali ni, telah diubahsuai dari Waja Improva yang saya hasilkan tu.. sentuhan dari Bro Slamba ini menjadikan ianya lebih menarik..
*thanks ye bro slamba..

Sunday, October 25, 2009

Analisa Bilangan Pengunjung Blog

Auto Akasia
Analisa Bilangan Pengunjung Blog

Terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog Auto Akasia dan memberi sokongan yang tidak henti2 kepada Auto Akasia.. Terima kasih kepada mereka yang telah mempromosikan blog ini kepada umum, terutama Funtasticko Design, Prodas, Kereta.info, Puteri Raifana & rakan2 blog yang lain..

Di sini saya sertakan sedikit analisa secara mingguan bilangan pengunjung blog Auto Akasia.

11 Oktober - 17 Oktober 2009
14 Okt m'catatkan bilangan tertinggi = 111

18 Oktober - 24 Oktober 2009
24 Okt m'catatkan bilangan tertinggi = 141

Lokasi Pengunjung
Lokasi: Malaysia, US, Ukraine, Mexico, Singapore, Australia, Normay, Indonesia, Germany, Turkey.

Friday, October 23, 2009

Lakaran : Myvi Exclusive Edition

MYVI Exclusive Edition
design by: g-mie

kita dah tengok, model variasi terbaru Myvi.. dikenali sebagai Myvi Exclusive Edition.. pada saya, ia biasa je.. maksud saya pada rekaan.. masih lagi mengekalkan ciri2 sedia ada pada Myvi.. mungkin, ViVa Elite lebih sesuai kalau ada sentuhan Exclusive Edition ni, kan..? tu, hanya pendapat saya je laa.. dan atas sebab tu, saya gatal tangan nak buat sketch untuk Myvi Concept.. hehe, untuk sentuhan 'exclusive' tu.. ciri2 Myvi saya kekalkan cuma banyak rekaan bersegi seperti hood, grill hadapan.. senang cerita, banyak rekaan bersegi.. hehe~

UPDATE:
lepas saya tengok Myvi EE ni betul2.. memang terserlah eksklusifnya.. kita tengok pada luaran.. memang ia hanya sekadar Myvi.. cuma mungkin faktor pemilihan warna & sedikit ubahsuai menampakkan sentuhan eksklusif padanya.. pada saya, Myvi ni boleh dikategorikan model kompak elegen.. sila klik di SINI untuk pautan galeri gambar Myvi EE..

ada gaya~

Proton - Capai Jualan Tahunan 155,000 Unit

Proton Yakin Capai Jualan Tahunan 155,000 Unit Menjelang Mac 2010
Perodua pula sasar 176,000 Unit Dalam Tahun 2010

  • yakin jualan tahunan sebanyak 155,000 unit m'jelang Mac 2010 b'dasarkan sentimen pasaran terkini..
  • 6 bulan pertama b'akhir pada September 2009 melepasi sasaran awal iaitu 73,000 unit..
  • Proton meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.. terutama Persona, Saga dan Exora..
  • Perodua jangka penjualan sebanyak 176,000 unit dalam tahun 2010..
  • ke arah mencapai sasaran jualan 162,000 unit untuk tahun 2009..

*petikan dari Bernama Auto.

Perodua Myvi Exclusive Edition

Myvi Edisi Eksklusif
Edisi Terhad 5000 unit


berkenaan model ni, saya tak nak ulas panjang.. cuma nak beritakan tentang apa ciri2 yang ada pada Myvi Exclusive Edition ni, orait..
  • rim aloi 14 inci..
  • side skirt..
  • door handles (luar & dalam) dengan kemasan chrome..
  • tempat duduk, door trims dan stereng dengan kemasan leather..
  • audio system yang secara asasnya sama seperti Myvi SE.. iaitu, 2-DIN system yang dapat menyokong CD, MP3, WMA, USB Port & Bluetooth handsfree feature..
harga, RM51,000 untuk solid colours dan RM51,500 untuk metallic colours.. murah je kan, hehe.. manakala, warna yang ditawarkan adalah.. Ebony Black, Ivory White dan Medallion Grey..

ciri2 mewah ada pada Myvi EE nie

dari atas: Medallion Grey (metallic), Ebony Black (metallic) , dan Ivory White (solid).

Modenas CT110

CT Ku, Dunia Ku
Modenas CT110


Dengan tagline "CT Ku, Dunia Ku".. CT110, model terbaru Modenas mempunyai gayanya tersendiri.. seperti yang diwar-warkan, CT110 dilancarkan pada 23 Oktober 2009.. (klik di SINI untuk pautan berkenaan)


Berikut adalah maklumat spesifikasi CT110:

Engine
  • Type 4-stroke single cylinder SOHC
  • Bore X Stroke 53 x 50.6 mm
  • Displacement 111 cc
  • Compression Ratio 9:3
  • Carburetor Keihin PB18 x 1
  • Ignition System Magneto to CD1
  • Starting System Kick and Eletric Starter
  • Cooling System Air cooled
  • Lubrication Forced lubrication wet

Transmission
  • Type 4-SPEED ROTARY
  • Clutch Centrifugal and wet multiple disc
  • Primary Reduction Ratio 3.048 (64/21)
  • Final Reduction Ratio 3.0 (42/14)
  • Driving System Chain

Chassis
  • Type Pipe backbone
  • Front Suspension Telescopic fork
  • Rear Suspension Trailing swing arm suspension
  • Front Brake Disc 220 mm
  • Rear Brake Drum 110 mm

Electrical System
  • Battery 12 V 3 Ah

Lain2 Maklumat:
  • Warna yang ditawarkan White Nova,Gold Suria,Silver Sfera dan Red Iris.
  • TPS 'Throttle Positioning System'.
  • Tangki minyak 5.3liter (terbesar dalam kelasnya).
  • 3S - Stabil, Selesa, Selamat.
  • Harga Rm3,800 (Kick Starter) & RM4,188 (Electric Stater) - Tanpa Insurans & Cukai Jalan.
  • Banyak lagi ciri menarik yang jarang ada pada model2 KAPCAI.. check-it-out..!

Kualiti Awal Kenderaan Baru

Kualiti Awal Kenderaan Baru
di Malaysia (2009)

Segmen Kereta Kompak:
  1. Perodua Myvi
  2. Proton Savvy
  3. Perodua ViVa

Segmen Kereta Saiz Pertengahan Permulaan:
  1. Honda City (2009)
  2. Toyota Vios
  3. Proton Saga

Segmen Kereta Saiz Pertengahan:
  1. Toyota Corolla Altis
  2. Honda Civic
  3. Nissan Sylphy

Segmen MPV / Van:
  1. Toyota Innova
  2. Nissan Grand Livina
  3. Toyota Avanza

Segmen Pikap:
  1. Isuzu D-Max
  2. Toyota Hilux
  3. Mitsubishi Triton

Wednesday, October 21, 2009

Photoshopped : Saga Pick-Up

Saga Pick-Up
Arena Replacement Model

Arena Replacement by g-mie

hasil ubahsuai ni, saya gunakan Adobe Photoshop.. di mana saya menukarkan bumper hadapan dengan bumper model Lotus - Exige Scura (yang kini dipamerkan di Tokyo sempena Tokyo International Autoshow).. serta sedikit ubahsuai pada body Saga ni.. mungkin, kalau saya tambah skirting dan membuat ubahsuai extreme, model ni akan nampak lebih 'garang'.. layan je laaa~

Tuesday, October 20, 2009

Modenas - 23 Oktober 2009

Modenas - Citarasa Terkini

iklan di bawah ini telah dipaparkan di kebanyakan akhbar seluruh Malaysia.. menggunakan tagline "Citarasa Terkini", Modenas sekali lagi menghasilkan model baru selepas melahirkan model terbaru mereka Modenas GT128.. jadi, nantikan kemunculan model terbaru dari Modenas.. OK..??

keratan akhbar Metro (Isnin - 19 Okt 2009)

TV teaser dari Modenas (click HERE)


spyshots - modenas test run, diambil di PLUS SP ke Gurun (menurut forumer di malaysianbikers.com)

Lakaran : Persona 2.0

Persona 2.0


sketch ni saya adaptasikan dari model Persona, dan saya buat ubahsuai pada bumper depan, rekabentuk sisi yang lebar.. dan hasil kali ni, adalah cubaan pertama saya membuat sportrim (memang teruk betul~! hehe..).. bila saya tengok sketch ni betul2, nampak macam model BMW pula.. skill mewarna, tetap sama.. saya memang tak reti nak mewarna untuk menampakkan kesan 3D, apa pun layan je laaa ye..


Thursday, October 15, 2009

Lakaran : Model SUV

SUV Model
by g-mie & prodas

sketch yang saya hasilkan kali ni, merupakan sinambungan dari sketch yang dibuat oleh bro Prodas.. di mana, saya menjadikan idea lakaran 2D prodas kepada bentuk 3D.. dan sedikit ubahsuai..

bahagian hadapan (oleh bro Prodas)

lakaran ni simple je, sebab masa yang diambil hanya beberapa minit sahaja.. untuk masa ni, saya belum sempat nak warnakan SUV ni.. insya Allah dalam masa terdekat ni saya cuba warnakan.. sketch ni saya tidak sertakan tayar & sportrim sebab tak reti nak design.. hehe~ (malas sebenarnya..) hehe~

bahagian sisi (oleh bro Prodas)

Wednesday, October 14, 2009

MyVi Semurah RM59.90..??

MyVi Special Edition

nak update apa pun saya tak tahu.. coz dah macam2 info saya cuba dapatkan, tapi tak dapat2 jugak.. lagi2 pasal Waja Replacement Model.. hehe~ jadi apa yang saya nak post-kan kat blog ni adalah berkenaan MyVi Special Edition yang dijual (atau boleh dimiliki) semurah RM59.90..!! boleh percaya ke nih..?? hehe..

comel je kan..? hehe~

Actually, saya nak perkenalkan model skala kecil bagi Myvi Special Edition (SE) nie.. saya kurang periksa berapa skala pada model ni.. tapi kalau anda dah berminat sangat dengan Myvi yang comel ni, bolehlah ke kedai Toy City yang berdekatan.. dijual dengan harga RM59.90 (tak silap saya)..

bahagian belakang.. lampu je lain sikit, berbanding model Myvi sebenar..


Wednesday, October 7, 2009

Lakaran : Proton SUV Concept

Proton SUV Concept

Baru2 ni saya ada buat sketch untuk Gen.2 Concept.. tapi, tu buat main2 je.. coZ' tengah malas~ hehe.. OK, sketch ni sebenarnya saya tak khususkannya sebagai SUV.. cuma saya mahu tampilkan imej concept model.. diinspirasikan dari model Savvy yang diubahsuai.. dengan sedikit sentuhan Persona pada lampunya..

Kira-kira 20 ke 30 minit untuk kerja-kerja sketching.. kemudian saya scan dengan resolusi 400dpi supaya memudahkan rujukan ketika mewarna.. kerja-kerja mewarna, kira2 3 jam lebih laa (menggunakan Adobe Photoshop CS3).. tu je laa hasil yang mampu.. coZ saya tak tahu laa bab2 nak buat improvisasi supaya nampak 3D.. apa pun, layan~

"PUAS sementara, hehe~"

Tuesday, October 6, 2009

Proton Satria..

Proton Satria..

Kalau dulu, saya ada buat posting pasal Proton Saga, dari model asas, sampai laa ke Saga BLM.. kalau nak tahu, boleh laa klik di SINI.. Anda ingat lagi tak, masa Proton Satria baru keluar sekitar tahun 1995 / 1996..? (saya rasa antara tahun2 tu laa..), iklan Proton Satria selalu kerap keluar kat TV.. dalam iklan tu ada laa beberapa ekor kuda, dengan Satria warna hijau (siap boleh terbang lagi tu..) pastu ada brader yang drive pakai helmet.. hehe, mesti ingat, kan..? waktu tu saya baru darjah satu (1995).. hehe~

Satria Mempunyai Aura Tersendiri.
  • diperkenalkan sekitar tahun 1995, merupakan model keluaran Proton kelas supermini, 3-d00rs hatchback.
  • diinspirasikan dari model Mitsubishi Mirage, dan ia (Satria) mirip dengan model Proton Wira.
  • dijana dengan pelbagai jenis kapasiti enjin (1.3l, 1.5l, 1.6l dan 1.8l).

Satria GTi - merupakan model yang telah diberi suntikan dari Lotus dan merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi, di mana pelbagai pengubahsuaian dibuat.. ini termasuklah handling dan enjin yang digunakan.. Satria GTi dijana dengan enjin berkapasiti 1.8l (130 hp, 97kW).. kelajuannya boleh mencecah 220km/h.. ia merupakan model edisi terhad di UK..

Satria GTi

Satria R3 - dikeluarkan pada tahun 2003/2004, merupakan model edisi terhad di Malaysia (150 unit sahaja).. ia masih menggunakan enjin berkapasiti 1.8l, akan tetapi ia diubahsuai semula oleh Lotus dan Pasukan Pembangunan Perlumbaan Proton (atau R3 - Race, Rally, Research).. model ini juga istimewa, memandangkan ia menggunakan double stitch welded monocoque chassis (chasis ringan) disertakan front and rear strut tower brace bars..

Satria R3

Satria Special Edition - dikeluarkan pada tahun 2004, ia diberikan rekabentuk yang sporty berbanding model asalnya.. terdapat 2 pilihan warna, iaitu kuning dan hitam.. rekabentuk hadapannya menyamai model Wira Special Edition (edisi hitam dan merah untuk Wira)..

Satria SE

Satria Neo - diperkenalkan pada tahun 2006, merupakan Satria generasi kedua.. dijana dengan enjin Campro 1.3 dan 1.6 (menurut Wikipedia)..


Satria Neo CPS -
merupakan model H-line bagi Satria Neo 1.6.. dijana dengan enjin Campro 1.6 CPS (Cam Profile Switching).. model ini menggunakan bodykit dengan sentuhan rekabentuk Satria GTi.. menariknya Satria Neo ini adalah pada kuasa enjinnya.. di mana, apabila mekanisma CPS itu mengubah low cam kepada high cam.. iaitu sehingga 4400rpm (berbanding CPS pada Waja CPS & Gen.2 CPS yang hanya mampu mencecah 3800 rpm)..

Satria Neo kini, telah digunakan untuk tujuan perlumbaan rally.. di mana, hampir keseluruhan pada model Satria Neo diubahsuai.. model tersebut di namakan, S2000.. jelas, bahawa Satria mempunyai auranya tersendiri.. jikalau tidak, masakan peminat di Australia menubuhkan kelab Satria GTi.. dan dibangunkan untuk tujuan perlumbaan rally..? hehe~

Monday, October 5, 2009

Photoshopped : Savvy SportEvo (SE)

SAVVY SportEvo (SE)


Dah lama tak buat modifikasi kereta dengan Adobe Photoshop.. hehe~ hasil kali ni saya gabungkan model Proton Savvy dan Mitsubishi Colt (5-doors).. ada kesilapan masa menampal bodykit Colt tu.. nampak cacat sikit.. hihi~ kemudian, saya ubah hood Savvy ni supaya nampak macam Carbon Fibre.. sportrim saya ambil dari standard sportrim model Mitsubishi Outlander GT..

Layan je laaa~

Lakaran : Gen.2 Concept

Gen.2 Concept
rough sketch


Sketch ni saya ambil masa yang singkat.. kira2 20 minit.. atau senang kata, main conteng2 je ni.. 20 minit tu untuk kerja2 melakar & mewarna.. sebab nak buat rough sketch je.. bukan ape, tetiba je terlintas model Gen.2 masa lepak2 rumah.. kalau rajin, nanti saya perbaiki lagi sketch nie.. hehe~


Friday, October 2, 2009

Enjin Baru Proton Pada 2011

Enjin Baru Proton Dijangka Siap Tahun 2011
  • Dijangkakan, enjin yang menggunakan alat pemampat tekanan kilas tinggi baru, enjin Berprestasi Lebih Tinggi Proton akan siap pada 2011.
  • Enjin berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Proton dan Lotus Engineering, dengan penglibatan aktif jurutera dan vendor Malaysia.
  • 50% komponen secara asasnya dibekalkan dan dimajukan bersama-sama dengan pembekal Malaysia.
  • Objektif pembangunan enjin ini pada dasarnya untuk menambah baik enjin serta pemindahan teknologi untuk Proton serta pembekal Malaysia.
  • Kira-kira 70 jurutera terlibat dalam pembangunan enjin.
  • Enjin baru itu mempunyai kapasiti 1,600 cc dan prestasinya bersamaan dengan enjin 2,000 cc.
  • Pemanduan hebat dengan ekonomi, prestasi dan pelepasan asap yang dipertingkatkan.
  • Telah diuji dalam semua keadaan cuaca dan ia sesuai untuk sebarang gred bahan api termasuk RON 95 dan RON 97.
  • Direkabentuk bagi memastikan ia mempunyai penyenggaraan rendah serta kemampuan perkhidmatan yang lebih baik. Ini penting untuk menjadikan kos pemilikan kepada pelanggan akan lebih rendah.
*diubahsuai dari petikan Bernama. (terima kasih kepada funtasticko design dan prodas.)
Privacy Policy