Wednesday, June 23, 2010

Proton Rancang Transformasi Lotus

Proton Rancang Transformasi Lotus
“Tomorrow’s luxury sports car, today.”

  • ♕ Proton Holdings Berhad berharap dapat mengubah Group Lotus Plc menjadi sebuah syarikat yang menguntungkan di bawah rancangan transformasi lima tahunnya.
  • ♕ Merupakan permulaan fasa baru bagi Proton.
  • ♕ Lotus telah bersama Proton hampir 1 dekad.
  • ♕Menyasarkan untuk mempunyai produk kereta kelas terbaik di kalangan segmen kereta sport mewah, perkhidmatan jualan & selepas jualan, produk yang efisien & berkualiti tinggi.
  • ♕ Meningkatkan jumlah produk 8000 setahun pada 2015.
  • ♕ Hubungan Proton-Lotus akan dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.
Pengurusan Baru Group Lotus.
  • ♕ Dany Bahar (bekas pegawai kanan Ferrari) telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus pada 1 Oktober 2009.
  • ♕ Pasukan pengurusan baru itu diterajui oleh beberapa kakitangan berpengalaman dari industri kereta mewah seperti Porsche, Ferrari, Aston Martin dan Fiat Group.
  • ♕ Paul Newsome, bekas jurutera Jaguar, BMW dan MG Rover (merangka pelan kejuruteraan produk Lotus).
  • ♕ Donato Coco, bekas pegawai kanan Ferrari (pelan rekaan produk baru Lotus).
  • ♕ Andreas Schlegel, bekas pegawai yang bertanggungjawab merangka strategi pemasaran Daimler-Benz, Prosche AG (mengetuai bahagian pembangunan jenama dan pemasaran kereta Lotus).

Model Baru dan Pasaran Global.
  • ♕ Menjelang 2015 Lotus akan memperkenalkan model baru.
  • ♕ Model akan datang Lotus bakal mengaplikasikan teknologi yang terkini & lebih upmarket seperti 7-speed twin clutch transmissions, active aerodynamics, continuously variable dampers, hybrid dan sistem range extender , heads up displays & juga penggunaan alcohol sebagai bahan api.
  • ♕ Bakal meletakkan kereta Lotus sebaris dengan Ferrari & Porsche.
  • ♕ Lotus juga akan mempunyai kereta kecil global seperti Proton EMAS.
  • ♕ Mereka akan bekerjasama untuk menghasilkan model ini.
  • ♕ Proton akan mengeluarkan versi hacthback 5 pintu untuk dipasarkan di Asia & Timur Tengah.
  • ♕ Lotus pula akan mengeluarkan versi sport 3 pintu yang akan dipasakan secara global.

Sasar 30 Unit Lotus Evora Pada Tahun Pertama.

  • ♕ Menyasar untuk menjual 30 Lotus Evoras pada tahun yang pertama, berikutan harga yang menarik dan penambahbaikan pada kereta itu.
  • ♕ Sasaran jualan boleh dicapai terutamanya dengan tempahan 10 unit setakat ini.
  • ♕ Lotus Evora menawarkan keselesaan perjalanan dengan harga yang menarik.
  • ♕ 12 jurutera Proton telah menjalani latihan selama satu tahun setengah dan telah terbabit dalam pembangunan kereta itu.
  • ♕ Lotus Evora berharga RM443,480 (spesifikasi sukan), RM463,650 (spesifikasi teknikal), RM472,110 (spesifikasi sukan dan teknologi) dan RM490,210 (spesifikasi edisi pelancaran).

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy