skip to main |
skip to sidebar
Proton Sasar Eksport 50 Peratus Pengeluaran
- Proton akan mengeksport model terlarisnya, Exora, ke Australia & Timur Tengah tahun depan.
- Bakal melancarkan model pertamanya di India pada tahun 2011.
- Menyasarkan untuk mengeksport 50% daripada keluaran keseluruhannya dalam tempoh 3 tahun.
- "Ekonomi sedang pulih dan tanda-tanda menunjukkan kami akan mencapai agihan eksport 50 peratus dan 50 peratus bagi pasaran domestik di dalam tempoh tiga tahun." kata Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
- Tahun 2011 - Proton merancang melancarkan Exora di Australia, Mesir, Syria, Oman, Qatar dan Arab Saudi selepas mengeksportnya ke Indonesia, Brunei dan Singapura sebelum itu.
- Proton merancang untuk melakukan pengeluaran dua syif bagi menggandakan pengeluaran dari 2,800 unit sebulan.
- Proton akan menambah baik modelnya dengan kereta baharu di dalam tempoh yang singkat kerana kitaran hayat model semasa pengeluar utama ialah empat tahun, yang tidak seperti 10 hingga 12 tahun sebelum ini.
- "Satu model bagi 10 tahun tidak boleh diterima lagi. Kami sedang mengusahakan model seperti Perdana dan Waja. Usaha sedang dilakukan dan kami berharap memuktamadkannya tidak lama lagi." kata Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
TERKINI: EXORA DILANCARKAN DI THAILAND.
- Proton Holdings Bhd menerusi pengedar rasminya di Thailand, Phranakorn Auto Sales Co Ltd (Phranakorn Auto Sales), yakin dapat menjadikan Exora sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) pilihan nombor satu di Thailand.
- Pengarah Eksekutif Phranakorn Auto Sales, Thawatchai Jungsanguanpornsuk berkata Exora menerima maklum balas amat positif dengan mencatatkan tempahan 300 unit.
- Exora enawarkan pelbagai ciri menarik khususnya dari segi pengendalian, pemanduan yang baik serta hiasan dalaman menarik. Mereka yakin dapat menjadikan Exora sebagai model MPV nombor satu di Thailand dalam tempoh singkat.
- Exora turut mendapat ulasan cemerlang daripada media tempatan di Thailand serta pakar industri yang memandu uji serta melihat kenderaan itu secara dekat di pusat pameran Phranakorn Auto Sales.
Privacy Policy
No comments:
Post a Comment