Saga, kalau dalam Kamus Dewan Bahasa, ada pelbagai maksudnya. Salah satunya, "tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil)". Yang pasti, Mie bukan nak cerita tentang tumbuhan tu, tapi tentang Proton Saga..
Proton Saga Dulu dan Kini.
Mitsubishi Lancer Fiore, sebagai model asas Proton Saga.
Inilah Proton Saga, gah ketika eranya 90-an.
Proton Iswara, mungkin lebih dikenali dengan Saga Aeroback.
Tahun 2001, Iswara berimej sporty. Hanya dikeluarkan dengan warna perak saja.
Tahun2003, Saga LMST disertakan paparan digital.
- Model pertama keluaran Proton.
- Nama "Saga" diperoleh dari pertandingan menamakan model ini, dimenangi oleh Ismail Jaafar.
- Dilancarkan pada 9 Julai 1985 (menurut akhbar Sinar Harian).
- Mula dieksport ke United Kingdom sekitar 1989.
- Berasaskan dari model Mitsubishi Lancer Fiore.
- Enjin yang digunakan adalah enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi.
- Terdapat 2 pilihan enjin iaitu 1.3l dan 1.5l.
- Model facelift bagi Saga pada tahun 1992 adalah Proton Iswara.





Proton Saga Generasi Kedua, Berwajah Baru.
- Mula diumumkan pada 1 Jan 2008, dan dilancarkan pada 18 Jan 2008.
- Berasaskan platform Proton Savvy yang 'dipanjangkan'.
- Dibekalkan enjin CamPro IAFM (Modul Masukan Udara Bahan Api).
- Terdapat 2 pilihan enjin iaitu 1.3l dan 1.6l.
Proton Saga, mempunyai kelas tersendiri. (sumber foto, paultan.org)
Turut dijadikan model pameran yang sporty, Saga R.E.D. (sumber foto, paultan.org)

Ternyata, Proton Saga mempunyai aura tersendiri, hehe.. Pelbagai rentetan sejarah disebalik Proton Saga yang mungkin ramai lagi yang tidak tahu.. Proton Saga juga telah menjadi teksi yang paling banyak penggunaannya terutama di ibu negara (KL.. sudah tentunya~) dan kini, Proton Saga telah memperoleh pelbagai anugerah. Jelas.. Proton Saga masih di hati rakyat Malaysia (pada Mie laa.. tak tahu laaa u'all hehe~)
No comments:
Post a Comment