Monday, December 28, 2009

Rekabentuk: New Persona & Saga

New Design - Persona & Saga
by: g-mie

rekabentuk Persona (sedikit panjang b'banding Saga)

Hasil rekabentuk kali ni, saya aplikasikan 1 rekabentuk untuk 2 model b'beza. Di mana, saya hanya mengubah saiznya sahaja. Bahagian hadapannya, saya ambil dari rekabentuk model Saga (BLM). Saya yakin, rekaan bagi Persona (rekaan Italdesign-Giugiaro) lebih baik dari rekaan ini. Jika ingin melihat hasil rekaan saya bagi model Persona (R) sebelum ini, sila klik di SINI.

rekabentuk Saga.

S16 di Australia.

Baru2 ini, Proton telah melancarkan model S16 (Saga BLM) di Australia. Macam2 komen yang keluar kat ruang2 forum automotif. Rekabentuknya tidak menawan..??? Harga lebih rendah di Australia b'banding Malaysia..?? Rasanya, kalau Saga saya kat atas tu, boleh dipasarkan dengan baik di Malaysia..??? hehe.. layan~

Friday, December 25, 2009

New Perodua Kenari..??

Kenari Replacement Model
design by : g-mie

Model terkini Daihatsu, Tanto Exe ini mula diperkenalkan di sebuah pameran automotif di Tokyo, Jepun sebelum ini. Dan, baru-baru ini, Presiden Daihatsu Motors, Teruyuki Minoura, telah melancarkannya di Tokyo. Mula berada di pasaran Tokyo dengan harga bermula dari 1.076 juta yen (RM41,000) hingga 1.610 million yen (RM61,000). Kapasiti enjin yang dibekalkan adalah 660cc.

Di atas adalah rekaan saya (ubahsuai) bagi model gantian Kenari. Di mana, model Tanto Exe ini saya lebarkan sedikit, dan bahagian hadapan yang sedikit panjang bagi mengekalkan rekabentuk asal Kenari.
Perbezaan Tanto Exe dan Kenari rekaan saya.


UPDATE : Rekabentuk Kenari (bahagian hadapan)
Di atas ini pula, rekabentuk bahagian hadapan bagi rekaan Kenari Replacement Model. Ia lebih ekstrim b'banding Kenari yang asal mahupun Tanto EXE. Bahagian hadapannya lebih garang, dengan padanan lampu yang besar. Di bawah, perbezaan rekaan saya dengan Tanto EXE.
Perbezaan Tanto Exe dan Kenari rekaan saya.

Tuesday, December 22, 2009

Savvy Special Edition

Savvy Special Edition
sumber: funtastickodesign

Spyshots di sebelah ini adalah model Savvy Special Edition yang dikhabarkan untuk pasaran di Thailand.

Memandangkan model 'comel' keluaran Proton ini mendapat tempat di kalangan peminat Proton di Thailand. Saya yakin model ini mampu menyumbangkan kadar peningkatan permintaan & eksport Proton di sana, yang juga turut dibantu dengan model lainnya seperti Exora dan Persona.


Savvy Special Edition di Thailand.

Persona facelift

Proton Persona facelift
sumber: funtasticko design

foto yang telah diedit.. rasanya, bahagian depan Persona facelift camni kot..

baru2 ni, saya ada terlihat di salah satu akhbar tempatan.. di mana, Proton mengiklankan tentang model terlarisnya, Persona.. fokus utamanya adalah untuk meyakinkan pengguna tentang Lotus - Ride & Handling..


adakah, langkah pengiklanan tersebut merupakan salah satu strategi Proton untuk memperkenalkan model Persona facelift ini secara tidak langsung..????

apa2 pun, jom kita layan foto terbaru bagi model Persona facelift ini..

imej terkini Persona facelift.

audio systems untuk Persona facelift..??

Untuk melihat hasil photoshopped saya bagi model facelift ini, sila klik di SINI.

Sunday, December 20, 2009

Raja Drift Asia

TAHNIAH Kepada Tengku Djan
Raja Drift Asia

  • Tengku Djan m'pertahankan reputasinya sebagai 'Raja Drift' di rantau Asia apabila menjuarai Kejuaraan Goodyear Formula Drift Siri Malaysia 2009.
  • Beliau mempamerkan aksi menakjubkan untuk menambat hati juri apabila menewaskan pemandu Thailand, Sak Nana Kiki pada p'lumbaan akhir.
Malaysia Boleh~!!
  • Tempat ke-3 menjadi milik pemandu dari New Zealand, Mike Whiddet (Goodyear Racing).
  • Tengku Djan t'lebih dahulu menyingkirkan pemandu senegara, Lim Zee King dalam persaingan 32 pemandu terbaik sebelum menyingkirkan Ee Yoong Chern (Tyrepac Goodyear) diikuti Nazrul Afifi (Toyo).
  • Peringkat separuh akhir, beliau yang memandu Nissan 180SX berjaya menewaskan Mervyn Mohamed Nakamura (Federal) sebelum menundukkan Kiki pada perlawanan akhir.
  • Ini merupakan kejayaan kedua beliau dalam siri Formula drift Asia selepas terlebih dahulu menjuarai siri pertama di Singapura.
  • Menurut beliau, kejayaan di tempat sendiri memberi makna yang lebih istimewa.

JPJ - Penggunaan Tayar Toreh


Penggunaan Tayar Toreh
tidak dibenarkan.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie mengingatkan kepada semua pengguna kenderaan mulai 1 Januari 2010, penggunaan tayar toreh tidak dibenarkan sama sekali kerana ia membahayakan kenderaan. Tayar toreh merupakan tayar terpakai yang mempunyai ketebalan enam milimiter dan dikorek sebanyak tiga milimiter untuk membentuk aliran bunga baru. Tayar berkenaan hanya tinggal tiga milimiter dan pada tahap itu ia cukup nipis dan berisiko untuk pecah dalam apa juga situasi apatah lagi jika digunakan dengan kelajuan maksimum.

Saturday, December 19, 2009

Myvi Facelift Lagi..???

Myvi facelift 2010..??
myvi enhancement..??
my impression - myvi enhancement 2010.
(sila klik pada imej untuk resolusi tinggi)

hasil kerja kali ni, tercetus apa bila bro nazri (di dalam forum funtasticko design) menyatakan bahawa model Perodua Myvi dengan headlamp Toyota RAV4.. jadi, saya luangkan masa sedikit untuk membuat impression bagi model berkenaan.. hasil kali ni kurang kemas dan tidak terperinci.. walaubagaimana pun, saya minat dengan grill pada hasil saya kali ni..

Thursday, December 17, 2009

Proton di Thailand International Motor Expo

Proton di Thailand International Motor Expo 2009

  • Tempahan jualan Proton pada Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand mengatasi semua kereta Korea dan jenama continental, meletakkannya sebaris jenama Jepun.
  • Prestasi Proton, yang melancarkan Exora MPV pada pameran itu, juga mengatasi jenama lebih terkenal seperti Toyota, Isuzu dan Mitsubishi, yang mendapat manfaat daripada jualan model pikap mereka.
  • Exora merupakan model Proton paling laris, mendapat 825 tempahan yang menyumbang hampir 60 peratus daripada 1,388 unit Proton yang dijual pada pameran itu.
  • Proton Savvy mengekori di belakang, menyumbang 19.5 peratus daripada jumlah tempahan.
  • Proton mendapat galakkan daripada prospek dan pertumbuhan yang ditawarkan Thailand.
  • Thailand merupakan pasaran eksport keempat Exora selepas Singapura, Indonesia dan Brunei, dan kelima selepas model Proton di negara ini sejak pengeluar kereta Malaysia memasuki pasaran Thai pada 2007.
  • Proton berjaya menempatkan dirinya antara 10 jenama terkemuka dalam jualan kenderaan penumpang dalam negara.
Best Seller Cars di Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand.

Tuesday, December 15, 2009

Savvy facelift

Savvy Facelift
by: g-mie

hehe.. demam kembar Lancer GT (Waja 2010) dah bermula.. hasil kali ni, saya ubahsuai rekaan Savvy dengan sentuhan Lancer GT di bahagian hadapan.. maaf laa, warna tak ganas.. hehe~

Savvy perlukan perubahan rekabentuk (tapi bukan yang saya buat ni, saya buat tak cantik.. hehe).. ini adalah untuk memastikan ia mampu bersaing dengan model2 lain yang sekelas dengannya..

Monday, December 14, 2009

Impression : Waja 2010

Waja Replacement Model
my impression
Waja 2010 impression untuk M-Line model.

Ini hanya impression yang saya buat untuk model terbaru Proton yang dijangka berada di pasaran pada Julai/Ogos 2010, Waja 2010.. Difahamkan ia merupakan model yang di-rebadge dari Lancer GT 2.0.. Hasil yang saya paparkan ini, mempunyai rekabentuk yang ringkas dan tidak terlalu agresif b'banding model asalnya.. grill hadapan, saya hanya terbalikkan dari grill asal, dan membuat sedikit ubahsuai pada bumper depan..

Waja 2010 impression untuk H-Line model.


Info terkini mengenai model gantian Waja:
  • Proton bakal mengeluarkan satu lagi model sedan baru menjelang Julai atau Ogos tahun depan, dengan harga pengenalan sekitar RM80,000 seunit.
  • Menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.
  • Menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman & luaran b'banding model Lancer GT 2.0.
  • Menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain.
  • Untuk maklumat lanjut, sila klik di funtasticko design.
UPDATE: bahagian belakang..

UPDATE :Photoshopped - Waja 2010..
Waja (Lancer) ni nampak lebih elegen.. & ada ciri2 rekaan Proton (grill Persona).

Sunday, December 13, 2009

Lakaran : Persona (R)

Persona (R)
my impression

akhirnya, 3 jam yang agak berbaloi..

hurmm, kerja2 rendering untuk menyiapkan model ni ambil masa kira2 3 jam lebih.. hasil yang dipaparkan ini, adalah imaginasi saya pada model gantian Persona.. saya berikan sedikit sentuhan seperti model Mazda.. bumper depan inspirasi dari model Porsche.. sentuhan Honda City di bahagian belakang.. grill besar sedikit dari Persona lama.. sportrim tu cilok.. main tampal je.. hehe.. OK tak..??

pautan lakaran Persona (R) sebelum ini, sila klik di SINI.

Photoshopped : Caldina Neo

Caldina Neo
by: g-mie

idea tercetus selepas saya membelek koleksi foto2 Satria Neo yang saya simpan.. di mana, foto ini memberikan idea untuk saya 'memanjangkan' model Satria Neo seperti model Toyota Caldina.. dari hasil yang saya paparkan ni, saya rasa model Satria Neo mempunyai rekabentuk yang sangat menarik untuk dijadikan inspirasi kepada Proton bagi membangunkan model2 terkini dengan ciri2 sporty yang ada pada Satria Neo..

layan.... =')

Saturday, December 12, 2009

Update : Lakaran Sedan Mewah

Luxury Sedan
by: g-mie
akhirnya, model luxury sedan ni siap dibuat.. tetapi saya ubah kepada poster edge (filter di dalam adobe photoshop).. jadi kualiti gambar tak seperti yang saya paparkan sebelum ni.. saya ubah kepada poster edge untuk menampakkan garis hitam pada sekeliling model ni..

komen2 awal yang saya terima setakat ni:
  1. model ni kelihatan seperti Toyota Camry di bahagian hadapan..
  2. bahagian belakangnya pula seperti model Honda Accord (generasi terkini)..
anda rasa rekaan model ni boleh menggantikan Proton Perdana..???

Wednesday, December 9, 2009

Lakaran : Sedan Mewah

Sedan Mewah
dengan ciri2 sporty

kerja2 rendering kali ni saya nak ketengahkan model sedan mewah dengan sentuhan sporty.. tapi saya baru je siap bahagian hadapan.. saya akan kemaskini (update) paparan hasil kerja ini kemudian untuk imej penuh.. hehe..

Monday, December 7, 2009

Perodua Perbesar Kilang Mac 2010

Perodua Perbesarkan Kilangnya Menjelang Mac 2010.
  • Cadang memperbesarkan kilang pengeluarannya yang berkeluasan 138 hektar di Sungai Choh, Selangor, menjelang Mac 2010.
  • Bertujuan untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk pasaran eksport di masa akan datang.
  • "Kilang kami mesti dinaik taraf tahun depan. Terdapatnya ketidakcukupan kapasiti jika kami mahu mengembangkan pasaran eksport kami ataupun mahu mengeksport kenderaan pelbagai guna kami yang baru iaitu MPV Alza," kata Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar.
  • Ia akan menempatkan antara lain, bangunan korporat Perodua, makmal ujian penyelidikan dan pembangunan serta studio penghias, trek atau litar ujian kenderaan, kilang pengeluaran, kilang enjin, kawasan pemeriksaan pra-penghantaran, lapangan stok agihan kenderaan dan rumah gudang alat ganti.
  • Kajian kemungkinan dan sasaran untuk menjual 2,800 unit Alza setiap bulan.
  • Perodua telah bersedia untuk mencapai penanda aras kualiti kumpulan iaitu 0.2 peratus kecelaan setiap kereta, bagi syarikat untuk berkembang ke seberang laut.
  • Perodua telah menetapkan sasaran untuk mencapai 176,000 unit jualan pada 2010 berbanding 164,000 yang dianggarkan terdahulu untuk tahun 2009.
  • Perodua Alza telah menerima sejumlah 11,000 tempahan setakat 4 November. 400 unit Alza telah didaftarkan dan syarikat menjangka kira-kira 50,000 unit akan berada di jalan raya pada 2010.
  • Perodua bercadang memperkenalkan kereta kompak baru pada 2011 untuk mengukuhkan pasaran di dalam dan luar negara.

Sunday, December 6, 2009

Lakaran : Saga Facelift

Saga facelift..???

ni bukan model sebenar.. saja nak menambah koleksi dalam pautan sketch saya.. rekabentuk masih seperti Saga (BLM) yang asal.. cuma membuat sedikit ubahan pada grill dan bumper depan.. lampu depan tu saya kecilkan sedikit dari model asal.. macam mana..? OK tak..?? layan je laa...

Wednesday, December 2, 2009

Proton Hybrid Cars

Mass Production for Proton Hybrid Cars
in 2011.

  • Proton merancang memulakan pengeluaran besar-besaran kereta hybrid menjelang 2011.
  • Ia dibangunkan menerusi usaha sama dengan anak syarikatnya, Lotus, dan beberapa pembekal komponen.
  • Proton mempunyai pasukan khusus di Lotus untuk membangun dan menguji kereta menggunakan teknologi Lotus.
  • Beberapa kereta hibrid Exora kini diuji di Britain dan akan dihantar ke Malaysia pada akhir Disember 2009 atau awal tahun 2010.
  • peringkat kedua, Proton akan memasang kereta hibrid sebagai kenderaan kerajaan, terutama di Putrajaya, sebelum memulakan pengeluaran secara besar-besaran pada 2011.
  • Ia boleh diperluaskan untuk kenderaan sektor swasta seperti Pos Malaysia, DHL atau pihak lain yang menggunakan jumlah kenderaan yang banyak untuk perniagaan mereka.
  • Pelaburan dijangka tidak besar kerana Proton bekerja bersama Lotus dan pengeluar komponen lain. ("..Kami membangunkan hibrid itu dengan pengeluar bateri. Oleh itu pelaburan kami tidak tinggi..")
  • Pada peringkat awal model hybrid lebih tinggi berbanding model konvensional.
  • Proton juga membangunkan kereta elektrik sejak awal tahun 2009, menggunakan model Saga, Persona dan Exora, dan menambah pengeluaran besar-besaran mengambil masa kerana ia memerlukan infrastruktur mahal seperti stesen mengecaj dan loji tenaga.

Tuesday, December 1, 2009

Photoshopped : Persona Facelift

Persona facelift
a.k.a Persona Enhancement

Kerja2 ubahsuai kali ni, saya buat khas untuk model terbaru Proton yang dikhabarkan akan dilancarkan pada awal 2010, Persona facelift.. tapi, kerja2 ubahsuai ni saya buat pada bahagian belakang & sisi saja.. seperti yang anda lihat pada foto di atas.. macam mana..?? agak2 kalau Persona facelift seperti yang saya bayangkan kat hasil ni, boleh buat anda berminat memiliknya..?? layan~

UPDATE: Bahagian Hadapan Persona facelift


Ini adalah ubahsuai semula dari spyshots Persona facelift.. saya cuba bayangkan bahagian hadapan dan kemudian saya zahirkan pada hasil photoshopped ni.. macam mana..?? anda rasa Persona facelift seperti ini..?????

Anda juga boleh melihat hasil photoshopped ini di Funtasticko Design.. sila klik di SINI..

Proton Sasar Eksport 50 Peratus Pengeluaran


  • Proton akan mengeksport model terlarisnya, Exora, ke Australia & Timur Tengah tahun depan.
  • Bakal melancarkan model pertamanya di India pada tahun 2011.
  • Menyasarkan untuk mengeksport 50% daripada keluaran keseluruhannya dalam tempoh 3 tahun.
  • "Ekonomi sedang pulih dan tanda-tanda menunjukkan kami akan mencapai agihan eksport 50 peratus dan 50 peratus bagi pasaran domestik di dalam tempoh tiga tahun." kata Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
  • Tahun 2011 - Proton merancang melancarkan Exora di Australia, Mesir, Syria, Oman, Qatar dan Arab Saudi selepas mengeksportnya ke Indonesia, Brunei dan Singapura sebelum itu.
  • Proton merancang untuk melakukan pengeluaran dua syif bagi menggandakan pengeluaran dari 2,800 unit sebulan.
  • Proton akan menambah baik modelnya dengan kereta baharu di dalam tempoh yang singkat kerana kitaran hayat model semasa pengeluar utama ialah empat tahun, yang tidak seperti 10 hingga 12 tahun sebelum ini.
  • "Satu model bagi 10 tahun tidak boleh diterima lagi. Kami sedang mengusahakan model seperti Perdana dan Waja. Usaha sedang dilakukan dan kami berharap memuktamadkannya tidak lama lagi." kata Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
TERKINI: EXORA DILANCARKAN DI THAILAND.

  • Proton Holdings Bhd menerusi pengedar rasminya di Thailand, Phranakorn Auto Sales Co Ltd (Phranakorn Auto Sales), yakin dapat menjadikan Exora sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) pilihan nombor satu di Thailand.
  • Pengarah Eksekutif Phranakorn Auto Sales, Thawatchai Jungsanguanpornsuk berkata Exora menerima maklum balas amat positif dengan mencatatkan tempahan 300 unit.
  • Exora enawarkan pelbagai ciri menarik khususnya dari segi pengendalian, pemanduan yang baik serta hiasan dalaman menarik. Mereka yakin dapat menjadikan Exora sebagai model MPV nombor satu di Thailand dalam tempoh singkat.
  • Exora turut mendapat ulasan cemerlang daripada media tempatan di Thailand serta pakar industri yang memandu uji serta melihat kenderaan itu secara dekat di pusat pameran Phranakorn Auto Sales.

Saturday, November 28, 2009

Lotus Ride & Handling

Proton Persona
Lotus Ride and Handling

Adakah anda telah menonton iklan terbaru dari Proton? Iklan yang memaparkan aksi seorang wanita yang sarat mengandung memandu dan mengendali Proton Persona. Jika belum, jom kita layan video dan suntingan gambar dari iklan tersebut, eksklusif di Auto Akasia.

Beberapa aksi yang dipaparkan dalam iklan.


Update : Persona Facelift

Info Terkini Persona Facelift

Seperti yang anda lihat pada imej2 Persona Facelift ini, ciri2 yang terdapat padanya adalah:
  • bumper depan baru seperti Gen.2 CPS dengan grill yang diubahsuai (chrome + matte black).
  • side mirror dengan lampu isyarat membelok (seperti model Exora).
  • aerokit baru beserta spoiler baru.
  • sportrim aloi, saiz sama seperti Persona model sebelumnya.
  • smoked headlamp (seperti Persona SE).
  • lampu belakang dengan LED.
  • audio headunit dengan skrin LCD (tapi tak tahu laaa apa features-nya).

Ciri2 lain yang tidak kelihatan pada imej2 di atas:
  • IAFM engine remains, with new 32bit ECU, that’s equipped with a new sensor (undisclosed function), that handles a wider fueling and ignition mapping, for a more refined performance and fuel economy.
  • special features on the headlamps and cabin lamp, sorta like a timer/dimmer, like the Exora, but only on the HL variant.
Lain2 info berkaitan:
  • model gantian Persona akan menggunakan platform baru, dengan rekabentuk dan enjin baru.
"..saya pernah buat sketch untuk Persona facelift pada 18 Ogos 2009.. hanya impression je laa.. bila saya buka semula link berkenaan sketch tu.. rasanya ada iras2 dengan Persona facelift sebenar.. KEBETULAN je kot.. untuk melihat sketch tu, sila klik di SINI.."

Thursday, November 26, 2009

Photoshopped : Alza Exclusive Edition

ALZA Exclusive Edition
by g-mie

hehe, kali ni Perodua Alza menjadi mangsa ubahsuai.. orait.. kenapa Exclusive Edition..?? sebab nya, model ni saya 'panjang'kan sedikit.. ia kelihatan seperti Toyota Avanza.. disertakan bodykit yang sporty (ye ke..?? hehe~) sportrim cilok entah mana2.. idea ubahsuai ni, saya ambil dari ubahsuai yang Bro Chaku buat pada Proton Exora.. amacam, cun tak..??

Tuesday, November 24, 2009

Proton Persona Propulsion Concept

Proton Persona
Propulsion Concept diuji di Lebuhraya Kesas

kalau dilihat dari foto ni, nampak seperti Persona biasa je.. tapi, kalau dilihat dari dekat akan tertera GREEN - Propulsion Concept.. sticker GREEN-Propulsion Concpet penuh pada sisi body Persona ni..

maaf laa, tak sempat ambil gambar penuh (bahagian sisi & depan).. masa tu banyak kenderaan.. susah nak ambil gambar masa drive.. foto ni saya ambil di Lebuhraya Kesas tadi (25 Nov).. Persona ni menghala ke susur keluar untuk ke kilang Proton di Shah Alam..

Spesifikasi Saga Propulsion Concept

Monday, November 23, 2009

Model Gantian Waja Tahun Depan

Waja Replacement Model
model baru mendapat sentuhan pakar rekabentuk antarabangsa

PROTON Holdings Bhd (Proton) yang memulakan program penggantian model lamanya empat tahun lalu bertujuan meningkatkan daya saingnya di pasaran domestik dan antarabangsa, bakal melancarkan sebuah lagi model baru tahun depan yang akan menggantikan Waja.
  • Hasil kerjasama kejuruteraan dengan pengeluar automotif global selain menggunakan sentuhan pakar reka bentuk antarabangsa.
  • "Persediaan bagi pelancaran model baru itu sudah bermula. Kami menggunakan kepakaran antarabangsa supaya ia lebih diterima, termasuk pada peringkat global. Sebagai pengeluar kereta, kami perlu mempunyai produk baru setiap tahun, justeru, akan ada satu lagi model baru diperkenalkan tahun depan." kata Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
  • Proton turut menyasarkan melancarkan sekurang-kurangnya dua model baru setahun dalam beberapa tahun lagi.

4000 Unit Alza Sebulan

Perodua Sasar Jual 4,000 Unit Alza Sebulan.

Majlis pelancaran di Kuala Lumpur Convention Centre.
  • Perodua sasar meningkatkan penguasaannya dalam pasaran kenderaan tempatan kepada 33.3 peratus tahun depan susulan pengenalan Alza.
  • Sasarkan menjual sehingga 4,000 unit Alza sebulan.
  • Direka untuk memenuhi keperluan pengangkutan keluarga dengan reka bentuk dinamik dan moden, selain harganya yang kompetitif.
  • Alza yang berasal dari perkataan Sepanyol dan membawa maksud "untuk meningkat" didatangkan dalam enam warna termasuk satu warna baru iaitu unggu (Classy Purple). Warna lain ialah hitam (Ebony Black), putih (Ivory White), putih mutiara (Pearl White), kelabu (Medallion Grey) dan perak (Glittering Silver).
  • Versi mewah Alza dengan gear manual dan automatik mulai Mac 2010 pada harga atas jalan antara RM67,000 dan RM70,000 seunit.

23 Nov 2009 : Pelancaran Alza

PERODUA ALZA
Car One Moment, MPV The Next

Perodua Alza, yang dinanti-nantikan telah pun dilancarkan pada 23 November 2009. Merupakan model 7-seaters pertama dari Perodua, berasaskan model Toyota Passo Sette.

Ia mempunyai gaya tersendiri. Pada pendapat saya, model ini sesuai untuk mereka yang inginkan lebih ruang dari Perodua Myvi.

Perbezaan Alza dan MPV lain:Perbezaan Alza, Exora, Livina, Avanza, Rondo & Innova.

Harga Perodua Alza:

Sedutan Perodua Alza - TV Commercial:

Privacy Policy