skip to main |
skip to sidebar
UPDATE : Perodua Myvi Limited Edition 2010
Seperti yang dikhabarkan pada entry sebelum ini, Perodua sekali lagi memperkenalkan dan melancarkan Myvi terkini yang diberi sentuhan eksklusif dan dipasarkan sebagai model Edisi Terhad (Limited Edition) pada 7 Julai 2010. Dengan menambah beberapa ciri "Edisi Terhad", model ini bakal menarik perhatian golongan muda. Didatangkan dengan 3 pilihan warna, Dazzling Red, Ivory White dan Ebony Black.
Ciri-ciri "Edisi Terhad" pada model ini adalah, acuan sisi pintu (side door moulding) yang eksklusif, lampu LED lebih jelas (seperti model SE), beg udara berkembar (pemandu dan penumpang hadapan), cermin vanity (yang juga terdapat pada bahagian pemandu), pemain CD beserta UBS dan Bluetooth, tombol pintu kemasan chrome (dalam), carpet mats yang eksklusif, hiasan dalaman lebih bergaya dengan "Limited Edition" emblem, serta sentuhan kemasan dekoratif kubik pada centre cluster dan door armrests.
Hiasan dalaman baru dan bergaya.
Perodua Myvi Edisi Terhad ini dibekalkan dengan enjin DVVT DOHC berkapasiti 1.3 liter, dengan sistem bahanapi EFI. Selain itu, ciri-ciri keselamatan juga dititikberatkan di mana model ini dibekalkan dengan beg udara berkembar dengan alat anti kecurian (anti theft device).
Privacy Policy
No comments:
Post a Comment