Wednesday, April 21, 2010

Proton Meraikan Jubli Perak

PROTON 25 TAHUN

21 April 2010 - Hari ini Proton telah memperkenal dan melancarkan logo rasmi ulangtahunnya yang ke-25 (Jubli Perak). Pelbagai aktiviti yang telah dan akan dijalankan sepanjang ulangtahun ke-25 pengeluar kereta nasional ini.

Pengarah Urusan Proton, Dato' Haji Syed Zainal berkata, mereka akan memperkenalkan Mobile Technology Exhibition Unit di mana ia akan dibawa menjelajah ke seluruh Malaysia, bagi mempertontonkan beberapa kelengkapan di kilang & pusat R&D mereka kepada orang ramai, dan berkemungkinan akan membawa Proton Emas di dalam penjelajahan tersebut. Penjelajahan amal ini dinamakan sebagai, “Jelajah Amal 1Proton 1Malaysia”.

Selain itu, Proton juga akan melancarkan model edisi khas mereka sempena ulangtahun ke-25 mereka. Di mana, model-model edisi khas ini terdiri daripada model Saga, Exora dan Persona. Ketiga-tiga model ini akan didatangkan khas sebanyak 25 buah bagi setiap model. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy