Friday, January 1, 2010

Program 'Proton Xchange' Ditamatkan

PROTON Telah Menamatkan
Program 'Proton Xchange'

  • Proton telah mengesahkan penamatan program t'sebut.
  • Hanya permohonan yang sampai ke pejabat serantaunya pada atau sebelum 31 Okt 2009 akan diproses untuk voucer rebat.
  • Proton telah menerima sejumlah 25,862 permohonan dari 10 Mac hingga 31 Okt, sekali gus menghabiskan dana yang disediakan oleh pakej rangsangan ekonomi kerajaan.
  • Proton menerima sejumlah 7,539 permohonan dari 1-6 Nov 2009 tatkala ia telahpun menghentikan program itu setelah menyedari yang dana yang diberikan itu telah habis digunakan. Ia bagaimanapun berkata, syarikat telahpun memperkenalkan satu skim insentif khas untuk 7,539 pemohon itu.
  • Pengguna tidak perlu menyerahkan kereta lama mereka untuk menikmati skim khas itu tetapi ia akan menyediakan bantuan yang perlu dalam membuat pengaturan dengan wakil penjual kereta terpakai.
  • Sementara skim ini boleh diguna pakai terhadap pembelian mana-mana kereta Proton, kereta mestilah berdaftar menjelang 31 Jan 2010.
PENTING: Sebarang pertanyaan / permasalahan, anda dinasihatkan untuk merujuk cawangan yang sama anda berurusan untuk membuat pengaturan seterusnya bagi membolehkan anda menikmati skim insentif tersebut. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy