skip to main |
skip to sidebar
Perodua Perbesar Kilang Mac 2010
Perodua Perbesarkan Kilangnya Menjelang Mac 2010.
- Cadang memperbesarkan kilang pengeluarannya yang berkeluasan 138 hektar di Sungai Choh, Selangor, menjelang Mac 2010.
- Bertujuan untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk pasaran eksport di masa akan datang.
- "Kilang kami mesti dinaik taraf tahun depan. Terdapatnya ketidakcukupan kapasiti jika kami mahu mengembangkan pasaran eksport kami ataupun mahu mengeksport kenderaan pelbagai guna kami yang baru iaitu MPV Alza," kata Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar.
- Ia akan menempatkan antara lain, bangunan korporat Perodua, makmal ujian penyelidikan dan pembangunan serta studio penghias, trek atau litar ujian kenderaan, kilang pengeluaran, kilang enjin, kawasan pemeriksaan pra-penghantaran, lapangan stok agihan kenderaan dan rumah gudang alat ganti.
- Kajian kemungkinan dan sasaran untuk menjual 2,800 unit Alza setiap bulan.
- Perodua telah bersedia untuk mencapai penanda aras kualiti kumpulan iaitu 0.2 peratus kecelaan setiap kereta, bagi syarikat untuk berkembang ke seberang laut.
- Perodua telah menetapkan sasaran untuk mencapai 176,000 unit jualan pada 2010 berbanding 164,000 yang dianggarkan terdahulu untuk tahun 2009.
- Perodua Alza telah menerima sejumlah 11,000 tempahan setakat 4 November. 400 unit Alza telah didaftarkan dan syarikat menjangka kira-kira 50,000 unit akan berada di jalan raya pada 2010.
- Perodua bercadang memperkenalkan kereta kompak baru pada 2011 untuk mengukuhkan pasaran di dalam dan luar negara.
Privacy Policy
No comments:
Post a Comment