Wednesday, September 9, 2009

2010 - Kereta Elektrik Proton

e-Persona & e-Savvy
Electric Vehicles by Proton & Detroit Electric

Adakah pada tahun 2010, kita dapat menyaksikan model-model Proton seperti Savvy dan Persona diberi suntikan Electric Vehicles (EV) di bilik-bilik pameran Proton? Dan jalanraya di Malaysia, akan disusuri dengan Proton Electric Car? Ini semua akan terjadi apabila Proton dan Detroit Electric bekerjasama di dalam penyelidikan dan pembangunan EV.

Ini didedahkan oleh pihak Detroit Electric ketika di litar ujian (test track) Proton di Shah Alam, Selangor, iaitu Albert Lam (Chariman & CEO Detroit Electric). Beliau menyatakan bahawa pihak mereka masih lagi di dalam perbincangan & perancangan bersama Proton di dalam membangunkan EV.

Pihak Detroit Electric juga menyatakan cadangannya untuk membangunkan EV sekurang-kurangnya 3 jenis iaitu:
  • Small Hatchback.
  • Midsized Sedan.
  • Sportcar.
Ini bertepatan dengan usaha yang dijalankan, di mana Savvy dan Persona (kategori small hatchback & midsized sedan) dipilih untuk cubaan pertama Proton bersama Detroit Electric. Manakala model Lotus Elise dipilih untuk kategori sportcar.

Persoalannya, adakah usaha ini berbaloi? Memandangkan EV memerlukan pengecasan semula untuk menjanakuasa terhadap enjin. Tidak seperti Hybrid Vehicles, di mana ia masih dapat berfungsi walau kehabisan tenaga elektrik kerana terdapatnya enjin janaan petrol. EV pula tidak mempunyai enjin kedua & hanya bergantung pada enjin elektrik semata. Maka, stesen pengecas diperlukan. Anda nilaikannya, OK..??

(Pada pendapat saya, kolaborasi ini memberi satu kelebihan kepada Proton untuk membangunkan teknologi kereta elektrik.)

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy