Tuesday, July 21, 2009

Perodua ViVA 660 BX

PERODUA ViVA 660 BX Menggantikan Kancil

ni laa ViVA 660 BX manual tu.. ok ker..??

Pengeluaran bagi model Perodua Kancil telah ditamatkan pada 20 Julai 2009, dengan capaian keluaran sebanyak 722,223 buah. Dan sebagai model ganti, Perodua mengambil langkah untuk mengeluarkan model yang diberi nama ViVA 660BX manual.

Walaubagaimanapun, Perodua tetap komited untuk membekalkan spare parts untuk Kancil (walaupun Kancil dah tamat pengeluarannya..). Menurut sumber yang Mie perolehi semalam, model ini ditawarkan dengan enjin 660cc pemasaan injap bolehubah dinamis (DVVT laa tu..) dan 3 warna iaitu Ivory White, Ebony Black, dan Glittering Silver.. dan of course laaaa transmisi manual.. (mungkin kereta ni digunakan untuk kelas2 memandu seluruh Malaysia..)

Sumber lain yang Mie dapat.. mengenai spesifikasinya:
  • Enjin DVVT 660cc 47hp@7200rpm, 58Nm@4400rpm..
  • Tiada Power Steering..
  • Tiada Power Windows..
  • Tiada Central Locking..
  • Tiada Radio..
  • Tiada Reverse Sensors..
  • Bumper yang tidak dicat..
  • Hanya transmisi manual..
  • dan warna2 yang Mie sebutkan awal tadi..
HARGA: RM25,300 seunit.. so, Mie nak u'all fikir2kan berkenaan spesifikasi yang diberi untuk model nie dengan harganya.. berbaloi ke tidak pelaburan u'all tu untuk model ni.. apa pun, dengar2 Khamis ni model ViVA Elite akan dilancarkan.. hehe~ tunggu....

No comments:

Post a Comment

Privacy Policy