Friday, July 31, 2009

Mitsubishi Lancer 2.0 GT Facelift

Semalam (31 Julai 2009), Mie ada lihat satu iklan promosi berkenaan model Mitsubishi Lancer 2.0 GT facelift di akhbar Harian Metro. Jadi, rasa terpanggil untuk buat entry mengenai model terhangat kat Malaysia nie..

Mitsubishi Motors Malaysia telah melancarkan model Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang dikemaskini, disamping melancarkan model Grandis 2.4l dengan ciri-ciri fizikal menawan.

Pelancaran Lancer 2.0 GT facelift dan Grandis 2.4l 2009.

Ciri-ciri yang terdapat pada model Lancer 2.0 GT facelift:
  • dijana dengan enjin 4B11, berkapasiti 2.0 liter.
  • 155PS dan 199Nm kilasan (torque).
  • dipadankan dengan transmisi INVEC-III CVT.
  • teknologi gantungan bebas 4-roda bertindakbalas secara intuitif dalam keadaan lasak.
  • terdapat ABS, EBD, Dual Two-Stage Front Airbags, Disc Brake serba boleh, kemasan kulit Nappa yang membolehkan lipatan 60:40 di bahagian belakang.
  • 6-speaker CD dan sistem bunyi MP3 dengan kawalan pada stereng.
  • bahagian depan yang baru, lebih sporty dan garang.. aerodinamik..
*sumber foto dari paultan.org

Model ini boleh didapati dengan tiga variasi warna:
  • White Solid
  • Black Mica
  • Red Metallic
Harga, dari info yang diperoleh, dijangkakan model ini berharga RM120,598.10 OTR tanpa insurans. Apa-apa pun, sila rujuk dengan ejen & pengedar Mitsubishi yang sah, ok..?? hehe~

Friday, July 24, 2009

KL International Motorshow 2010

Kuala Lumpur International Motorshow Akan Datang, 2010..!!

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah membuat kenyataan bahawa KL International Motorshow akan dijalankan pada Disember tahun depan, (di antara 3 dan 12 Disember 2010).

Logo KL International Motorshow 2010.

Moto yang digunakan bagi acara hebat ini adalah "We CARE" dan CARE itu merujuk kepada:
  • C - Commitment
  • A - Advancement
  • R - Reliability
  • E - Environment
Acara ini akan menggunakan ruangan sehingga 30,000 meter persegi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menampung 200 pempamer (exhibitors) dan lebih 330,000 pengunjung..

Jumpa u'all kat sana nanti yer.. (lama lagi laa~ adoi..)

*credit to: paultan.org

Kewujudan CamPro 1.8 CPS..??

BENARKAH ENJIN CAMPRO 1.8 CPS SUDAH ADA..???



*sumber diperoleh dari blog brader Afiq.

KUALA LUMPUR 22 April – Sebuah syarikat tempatan, Gig Technology Holdings Sdn. Bhd. berjaya mencuri perhatian pengunjung Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 melalui hoverkraf rekaannya yang mampu terbang setinggi dua meter dari permukaan air.

Lebih menarik, hoverkraf yang diberi nama Hover Plane itu menggunakan enjin Campro 1.8 CPS yang belum digunakan oleh keretakeluaran Proton. Pengarah Urusan Gig Holdings, Zaharudin Mohd. Ali berkata, HoverPlane itu mampu mencapai kelajuan maksimum antara 70 hingga 80 knot sewaktu terbang.

“Kelajuan sedemikian amat penting untuk kegunaan agensi penguatkuasaan bagi memintas musuh ataupun penyeludup. Menjadi bonus ialah penyelenggaraannya yang tidak rumit kerana kami menggunakan enjin kereta, ini membolehkan para pengguna melakukan penyelenggaraan rutin di mana-mana sahaja tanpa perlu mendapatkan bantuan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zaharudin berkata, pada masa ini badan Hover Plane dibuat menggunakan karbon fiber namun generasi keduanya akan menggunakan bahan komposit agar ia lebih ringan. Beliau berkata, kapasiti penumpang Hover Plane pula ialah empatorang dan ia akan ditingkatkan kepada enam orang pada masa akan datang.

“Pembelinya mempunyai dua pilihan navigasi sama ada menggunakan ‘joystick’ ataupun stereng mengikut kesesuaian mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sehingga hari ini pihaknya telah berjaya menjual tiga buah Hover Plane kepada kerajaan Filipina. Katanya, sambutan daripada agensi-agensi kerajaan dalam negara jugaamat memberangsangkan apabila Polis Marin, Kastam dan Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menunjukkan minat.

“Mereka telah melihat dan menilai Hover Plane dan hasilnya juga amat positif, dalam masa terdekat mereka akan mencubanya. Bagi spesifikasi ketenteraan, kita akan membuat penambahbaikan dengan menggunakan badan serta cermin anti balistik dan kalis peluru untuk menjamin keselamatan,” katanya.


Ulasan Mie:
  • nampaknya CamPro 1.8 CPS ni didahului penggunaan dan kefungsiannya untu hovercraft laa yer..? hehe, jadi bagaimana pula dengan Exora..?? Proton tak nak bangunkan enjin nie untuk gantikan CamPro 1.6 CPS pada Exora..?? atau akan digunakan untuk Waja 2010..??
  • rasanya kalau enjin ni dibangunkan pada Exora & Waja 2010 pun dah OK..
  • apa pun, engineer Proton berhak menentukan enjin yang sesuai untuk model2 keluaran Proton, berdasarkan kepakaran & pengalaman mereka.
  • OK.. yang penting sekarang, Proton perlu tingkatkan daya upaya mereka semi menjadikan mereka pengeluar kereta TEMPATAN yang berkualiti, menepati citarasa pengguna dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa..!!

Pelancaran Exora pada 24 Julai 2009 di Indonesia International Motorshow.

Thursday, July 23, 2009

Perodua ViVA Elite : Rekabentuk Baru

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melancarkan ViVA Elite semalam dengan menampilkan ciri sporty apabila melakukan beberapa perubahan supaya sesuai dengan rekabentuk mengikut peredaran masa.

Perubahan ketara ViVA Elite 1000cc itu ialah daripada bahagian depannya yang dilakukan perubahan kosmetik bagi menyerlahkan daya tarikan ketika memandu.


Pengarah Urusannya, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar berkata, ViVA Elite ditampilkan dengan tiga model pilihan iaitu Elite Manual dan Automatik, serta Elite EZi.


"Harganya bermula RM37, 900 untuk Elite Manual, RM40,900 (Elite Automatik) dan RM44,900 bagi Elite EZi," katanya kepada media selepas pelancaran ViVA Elite di Kuala Lumpur semalam.


Menurutnya, ViVA Elite itu ditampilkan kepada golongan professional muda dan keluarga muda yang mahukan perubahan imej serta keterampilan.


Foto ViVA Elite

Bahagian depan yang memukau~!!

Bahagian belakang yang spoty~!!

Ruang dalaman yang selesa~!!


Perbezaan ViVA dan ViVA Elite

Perbezaan warna.

Perbezaan bahagian hadapan.

Perbezaan bahagian belakang.


ViVA Elite Ketika Dilancarkan



Link Cadangan:

Wednesday, July 22, 2009

Brochure ViVA Elite..

BROCHURE ViVA ELITE SUDAH MARI...!!

post mengenai ViVA Elite dan 660BX telah pun Mie buat.. so, yang terkini Mie ada peroleh 2 brochure berkenaan model kereta comel nih~ jom layan..

ok, yang ni Mie rasa brochure bagi model ViVA yang biasa.. di mana, hood & bumper-nya masih kekal seperti ViVA yang sudah sedia ada.. mungkin melalui brochure ni, kita boleh dapatkan spesifikasi untuk model ViVA 660BX Manual tu..



yang ni tentunya brochure untuk ViVA Elite.. exterior-nya memang superb..!! dah macam Livina plak Mie tengok.. hadoi~ harganya..?? tengok list di bawah ok..... huhu~


Maklumat Tambahan:

*ni untuk ViVA basic model..
  • 660cc BX = RM25.3K (ni model basic ViVA transmisi manual)
  • 660cc EX = RM28.8K ..
  • 850cc EX = RM32.9K ..
  • 1000cc BX = RM35K..
*ni pula untuk ViVA Elite...
  • 1000cc EZ = RM42.9K (hood dan bumper baru..!!)
  • 1000cc GX = RM37.9K (hood dan bumper baru~)
  • 1000cc EZi = RM44.9K (hood dan bumper baru; disertakan foglamp dan lain2)

*info diperoleh dari funtastickodesign.. dan diedit mengikut kesesuaian & tema blog Auto Akasia..

Tuesday, July 21, 2009

Perodua ViVA 660 BX

PERODUA ViVA 660 BX Menggantikan Kancil

ni laa ViVA 660 BX manual tu.. ok ker..??

Pengeluaran bagi model Perodua Kancil telah ditamatkan pada 20 Julai 2009, dengan capaian keluaran sebanyak 722,223 buah. Dan sebagai model ganti, Perodua mengambil langkah untuk mengeluarkan model yang diberi nama ViVA 660BX manual.

Walaubagaimanapun, Perodua tetap komited untuk membekalkan spare parts untuk Kancil (walaupun Kancil dah tamat pengeluarannya..). Menurut sumber yang Mie perolehi semalam, model ini ditawarkan dengan enjin 660cc pemasaan injap bolehubah dinamis (DVVT laa tu..) dan 3 warna iaitu Ivory White, Ebony Black, dan Glittering Silver.. dan of course laaaa transmisi manual.. (mungkin kereta ni digunakan untuk kelas2 memandu seluruh Malaysia..)

Sumber lain yang Mie dapat.. mengenai spesifikasinya:
  • Enjin DVVT 660cc 47hp@7200rpm, 58Nm@4400rpm..
  • Tiada Power Steering..
  • Tiada Power Windows..
  • Tiada Central Locking..
  • Tiada Radio..
  • Tiada Reverse Sensors..
  • Bumper yang tidak dicat..
  • Hanya transmisi manual..
  • dan warna2 yang Mie sebutkan awal tadi..
HARGA: RM25,300 seunit.. so, Mie nak u'all fikir2kan berkenaan spesifikasi yang diberi untuk model nie dengan harganya.. berbaloi ke tidak pelaburan u'all tu untuk model ni.. apa pun, dengar2 Khamis ni model ViVA Elite akan dilancarkan.. hehe~ tunggu....

Friday, July 17, 2009

Proton Exora Turbo based on Exora Prestige

Seperti yang kita tahu, semasa pelancaran Proton Exora, model Prestige & Prime ada ditunjukkan. Di mana ia adalah model concept dari model Exora yang asal. Bagi langkah pembangunan Exora Turbo, Proton menjadikan Exora Prestige sebagai model prototype bagi enjin turbo tersebut..

Proton Exora Prestige

ok.. maklumat di bawah diperoleh dari Pengulas Automotif Bebas, Paul Tan..
(thanks Paul..)

Glitter Words

It is basically the Proton Exora Prestige Concept which was first previewed at the Exora’s official launch event, but now fitted with a prototype turbo powerplant.

The turbo engine based on the 1.6 liter CamPro powerplant was built in-house, without the input of Lotus. Which means, the engine mostly features aftermarket parts to turn it from a normally aspirated motor to a turbocharged one. It’s useful to test the durability and reliability of a Campro block when force inducted.

The production turbocharged powerplant for the Exora is being co-developed with Lotus, and sources reveal that powertrain engineers will soon leave for the UK to intensify the development.

Notice the aftermarket boost meter and various other extra monitoring gauges

The powerplant featured in the Prestige Concept shown above is said to produce up to 270 horsepower, and with a torque figure that is rated at about 350Nm. (UPDATE: Now that I think about it, this quoted figure seems a little over the top. While no doubt it is possible especially if you strengthen the engine enough, it is not practical for production use so the production car will not likely be tuned to such extents as there is a high possibility for lots of turbo lag and the 4-speed Mitsubishi automatic transmission must be struggling with the torque.)

A source revealed that the turbocharged Proton Exora MPV could most probably hit the market by between end 2010 to mid 2011. Honestly for me despite many customers eagerly waiting for a more powerful Exora, later is better as it means more time for testing, and a turbocharged production engine is something very new for Proton.

The production turbocharged variant will very likely offer less than the 270 hp and 350Nm performance figures mentioned above, but even if it ends up producing anywhere in the region of 170 horses and 240Nm of torque, that would be a big leap already as it would be equivalent to a normally aspirated 2.4 liter engine, but with peak torque coming in at a much lower RPM.

It wipe out one major issue that the current Exora has, which is a lack of go. The 1.6 liter Campro CPS that is currently being offered with the Exora produces 125 horsepower and 150Nm of torque. Proton also revealed that the Exora Prestige Concept is being sold to selected VIPs that have placed orders for the extra-luxury variant.

Sekiranya u'all nak lebih gambar tentang model Exora Prestige Turbo Prototype nie.. sila klik di link di bawah nie..

Thursday, July 16, 2009

ViVA Facelift Spyshot (2)

urmm.. kali ni tanpa berselindung lagi.. hahahahaha~!! okay, gambar ni mie peroleh dari rakan blog, funtastickodesign.. (yang mana beliau dapat dari mudah.my).. kelihatan jelas, ViVA Facelift nie.. chantek je kan.. hehe~so, macam mana..?? tak teringin nak tempah..??

(ssshhhh~benar ke namanya ViVA Elite..??)

depan dah macam Grand Livina.. kan..??

belakang ViVa ni, memang best.. (cam MyVi sket..)

Monday, July 13, 2009

Proton Persona R3

Salam.. hurmm, cerita Proton lagi.. isu berkenaan Persona R3.. model wujud, tapi Mie tak pasti samada ia akan dipasarkan atau hanya untuk bahan pameran.. yang pasti, Mie ada peroleh gambar (sumber dari funtastickodesign) mengenai Persona R3 di satu tempat pameran automotif (mungkin di shopping complex kot..)

Model ni cantik, biasa lah.. dah tertera R3.. yang pasti rekabentuknya memang mengancam kalbu.. hehe~ sporty dengan jalur merah pada body-nya yang hitam menawan tu.. Selain tu, model ini disertakan interior yang pastinya menarik perhatian golongan muda.. Antaranya bucket seat (perghh~!!), push start button, aftermarket wheels, lampu belakang LED, lampu depan HID (yang cerah lain macam tu.. hehe) & mungkin beberapa lagi perubahan..

dikatakan bernilai sekitar RM61k hingga RM63k..

bahagian sisi, memang sporty..!!

bahagian belakang yang memang BEST..!!

Jangan tak tahu, Proton juga ada menghasilkan sebuah Persona yang memang mempersonakan.. hehe, tapi rasanya model tu tak dipasarkan kot.. Proton Persona Envy.. dan yang telah dipasarkan tentunya Persona (CamPro IAFM) dan Persona SE..

Persona Envy, cantik.. padanan hitam dan jalur kuning..

Link cadangan:

ViVA Facelift Spyshot

Salam.. hurmm, hari ni hari indah untuk Mie menge-post tentang model Perodua ViVA.. Hangat, di mana foto spyshot yang Mie peroleh dari blog rakan seperjuangan, funtastickodesign menunjukkan model ViVA facelift..!! Cantik..!! urmm.. model ni seakan2 mini Avanza.. yang pasti, ia lebih menarik dari ViVA lama.. (rasanya laa~) so, nantikan pelancarannya kelak.. OK~



Saturday, July 11, 2009

SAGA Di Hati Rakyat Malaysia

Glitter Words

Saga, kalau dalam Kamus Dewan Bahasa, ada pelbagai maksudnya. Salah satunya, "tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil)". Yang pasti, Mie bukan nak cerita tentang tumbuhan tu, tapi tentang Proton Saga..

Proton Saga Dulu dan Kini.
  • Model pertama keluaran Proton.
  • Nama "Saga" diperoleh dari pertandingan menamakan model ini, dimenangi oleh Ismail Jaafar.
  • Dilancarkan pada 9 Julai 1985 (menurut akhbar Sinar Harian).
  • Mula dieksport ke United Kingdom sekitar 1989.
  • Berasaskan dari model Mitsubishi Lancer Fiore.
  • Enjin yang digunakan adalah enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi.
  • Terdapat 2 pilihan enjin iaitu 1.3l dan 1.5l.
  • Model facelift bagi Saga pada tahun 1992 adalah Proton Iswara.

Mitsubishi Lancer Fiore, sebagai model asas Proton Saga.

Inilah Proton Saga, gah ketika eranya 90-an.

Proton Iswara, mungkin lebih dikenali dengan Saga Aeroback.

Tahun 2001, Iswara berimej sporty. Hanya dikeluarkan dengan warna perak saja.

Tahun2003, Saga LMST disertakan paparan digital.

Proton Saga Generasi Kedua, Berwajah Baru.
  • Mula diumumkan pada 1 Jan 2008, dan dilancarkan pada 18 Jan 2008.
  • Berasaskan platform Proton Savvy yang 'dipanjangkan'.
  • Dibekalkan enjin CamPro IAFM (Modul Masukan Udara Bahan Api).
  • Terdapat 2 pilihan enjin iaitu 1.3l dan 1.6l.
Proton Saga, mempunyai kelas tersendiri. (sumber foto, paultan.org)

Turut dijadikan model pameran yang sporty, Saga R.E.D. (sumber foto, paultan.org)

Proton Saga Special Edition (SE), dilancarkan baru2 ini..

Ternyata, Proton Saga mempunyai aura tersendiri, hehe.. Pelbagai rentetan sejarah disebalik Proton Saga yang mungkin ramai lagi yang tidak tahu.. Proton Saga juga telah menjadi teksi yang paling banyak penggunaannya terutama di ibu negara (KL.. sudah tentunya~) dan kini, Proton Saga telah memperoleh pelbagai anugerah. Jelas.. Proton Saga masih di hati rakyat Malaysia (pada Mie laa.. tak tahu laaa u'all hehe~)

Proton SUV?

Glitter Words

Salam.. haa~ 1stly, Mie nak bagitahu, gambar ni Mie peroleh dari internet, dah lama juga Mie simpan gambar nie.. Sumber web-nya Mie tak pasti, benda lama laa katakan~ ok..?

Model SUV yang dipaparkan nie, tentu sekali telah diubahsuai dengan perisian pengeditan foto.. ia berinspirasikan dari model Satria Neo.. Pada pendapat u'all, adakah model seperti ini sesuai untuk Proton bangunkan model SUV-nya?

ni gambar asal, sebelum ditransformasikan..

Di bawah ini pula Mie besarkan sedikit imejnya, supaya perubahan yang dibuat pada gambar Satria Neo dapat dilihat dengan jelas. Di mana, Satria ini ditinggikan sedikit, saiznya dipanjangkan sedikit bagi mendapatkan ruangan untuk pintu belakang. Hmmm, nampak Satria ni lebih kukuh, kan?? Hasil yang hebat, Satria Neo ini kelihatan lebih gah!

Lihat, model Satria Neo yang telah diedit ini, ia kelihatan sangat hebat. Tampak kukuh, besar dan menunjukkan ia sebuah model SUV yang mantap! Jika dipadankan dengan enjin yang berkuasa, Mie yakin SUV ni pasti dapat menarik golongan muda.. (macam Mie, hehe~)Cubaan yang baik~!!

Manakala gambar dibawah, adalah gambar penuh yang telah diberikan ciri-ciri sebuah SUV yang pastinya mencairkan hati2 rakyat Malaysia.. hehe~ ok kan??

*sebarang cadangan, komen atau apa sahaja yang ingin diketengahkan, sila hantarkan email ke chcoffeehoney@gmail.com, atau sila sampaikan komen anda diruangan comment, terima kasih.

Thursday, July 9, 2009

Privacy Policy