Tuesday, September 29, 2009

Cubaan Mewarnakan Sketch

Sketch Berwarna
cubaan kali pertama

hasilnya.. OK tak..??

sketch yang telah saya warnakan ni, adalah kali pertama dari saya.. jadi, hasilnya agak kurang sempurna.. proses mewarnakan sketch ni saya ambil masa dalam 2 jam lebih.. tekanan je! hehe~ dan saya gunakan aplikasi Adobe Photoshop CS3.. so, macam mana..? OK tak..??

sketch asal sebelum diwarnakan.. (rujuk di sini)


UPDATE: 30/09/2009 (6:30pm)

hasil kali ni, saya ambil masa kira-kira 3 jam, termasuk membuat sketching dan mewarna.. model yang saya ketengahkan ini seakan2 model Saga BLM.. cuma, sketch yang diwarnakan ni saya tak letak logo Proton.. lupa pula nak letak.. tak pe laa, yang penting saya buat ni khas untuk Proton.. walaupun tak cantik.. hehe~

sketch asal sebelum diwarnakan..

UPDATE: 01/10/2009

thanks kepada Bro Chaku.. atas bantuan improvisasi yang dibuat untuk memberikan impak shadow dan highlight pada hasil sketch saya supaya kelihatan lebih menarik..

*maru_orsa@yahoo.com

Perodua MPV Spyshot Lagi..!!

Perodua MPV
HANGAT..! gambar terbaru Perodua MPV, segar dari ladang Perodua.. hehe~ gambar ni difahamkan diambil dari kilang Perodua (Rawang), di department Assembly Shop.. seriously, gambar ni memang jelas ia Perodua MPV, memandangkan logo Perodua yang sangat ketara..! hehe.. semoga usaha Perodua ini berbaloi, dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia..

bahagian hadapan MPV

bahagian belakang MPV

bahagian dashboard MPV

bahagian interior MPV


*terima kasih kepada funtasicko design dan mahound dunia.

Monday, September 28, 2009

Yamaha RX-Z Modified

Yamaha RX-Z
convert MBX

RX-Z yang diberi sentuhan MBX

haa.. ni memang sah, tak ada kena mengena dengan kereta.. hehe~ OK, ruangan kali ni saya nak paparkan model Yamaha RX-Z yang telah mengalami modifikasi yang agak ekstrim.. masa saya beraya dengan family di kampung, t'serempak laa satu RX-Z ni.. sekali tengok, memang tak toleh kiri kanan, mahupun ke belakang..

menarik! padanan RX-Z dan MBX

difahamkan, RX-Z ni diubahsuai dengan mengambil konsep model Honda MBX (yang popular satu ketika dulu).. pemilik RX-Z ni mengatakan modifikasi ini menggunakan kos yang agak tinggi memandangkan part2 t'sebut (MBX) sukar didapati di Johor (dengar2 mereka dapatkannya di Singapore), dan banyak ubahsuai dibuat bagi memuatkan part2 dari MBX untuk 'disumbat'kan ke RX-Z nie..

HONDA MBX

Saturday, September 26, 2009

Lakaran : Arena Replacement Model

SKETCH : PROTON ARENA
replacement model

Hurmm, 'demam' kembali lagi.. hehe.. bro chaku cadangkan untuk buat sketch bagi model Arena.. (atau seangkatan/sejenis dengannya..) jadi, apa kata blogger2 & visitor2 yang demam menyonteng2 ni, kita buat sketch untuk Arena Replacement Model (ARM).. samada b'bentuk 2D atau 3D.. manual, atau digital sketch.. kemudian, hantarkan hasil anda kat chcoffeehoney@gmail.com.. jom~!!

sketch yang saya buat ni, saya ambil sikit dari rekabentuk Saga BLM.. sketch kurang baik, especially pada sportrim-nya tu.. (memang tak reti lukis rim laa, adoi~).. sketch ni terlintas lepas saya mewarna buku naruto.. haha~!! tangan ade pencil colour, jadi amik examination pad, terus je buat.. OK tak..??

ni, saya tambahkan cover kat bahagian belakang..

Wednesday, September 16, 2009

Photoshopped: Exora Neo

Exora Neo

kerja photoshop ni saya buat untuk ubah sedikit bahagian hadapan Exora.. saya ambil bumper depan Satria Neo CPS dan 'ditampal' pada Exora.. kemudian, saya warnakan semula model ni dan saya rendahkan supaya ia nampak seperti model sedan.. apa pendapat anda jika model Exora diubahsuai menjadi model sedan..?? saya agak tertarik dengan satu hasil Bro Chaku, di mana dia telah mentransformasikan MPV Exora menjadi model sedan.. (seperti gambar di bawah).. boleh tahan juga, kan..??

transformasi Exora dari Chaku..

Sunday, September 13, 2009

Lakaran Dari Blogger & Visitor

hasil pertama saya untuk aktiviti ini..

Sebagai pengenalan, saya dan rakan-rakan blog yang lain telah bersetuju untuk membuat lakaran (sketch) bagi model Saga, di mana konsep yang diketengahkan ialah hatchback model. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturrahi
m antara pengunjung blog dan pemilik blog2 automotif, disamping mengenengahkan idea2 dan pendapat tentang hasil lakaran yang dibuat.
Kepada anda yang berminat menyertai aktiviti ini, anda bolehlah menyediakan lakaran2 untuk Saga Hatchback masing2, samada berbentuk 2D atau 3D. Hasil lakaran anda bolehlah dihantar ke chcoffeehoney@gmail.com. Diingatkan, aktiviti ini adalah aktiviti sampingan sahaja, bukanlah satu pertandingan.

Sketch by Farghmee

Sketch by G-Mie
sketch saya bagi Saga Hatchback ni, saya gabungkan ciri2 yang terdapat pada Savvy, Satria Neo, Proton MSX, dan Honda Jazz.. dan lampu belakang ala2 Saga BLM.. (lakaran penuh, klik DI SINI)

Sketch by Prodas

Sketch by Fauzan

Sketch by Campromania@Funtasticko Design
digital sketch dari Bro Campromania (rujuk di sini)

Sketch by Slamba

Sketch by G-mie (with classic touch)

bahagian hadapan dikekalkan, cuma lampu saya ubah sedikit.. kemudian, saya ambil elemen2 Satria GTi dan Gen.2.. dan design ni, saya buat dengan sentuhan klasik dibelakangnya..

ni, lakaran penuh (depan & belakang).. saya buat atas permintaan bro farghmee.. amacam, OK tak bro..?? hehe~

Sketch by Aiman Malaya Design

Sketch by Chaku
*
digital sketch menggunakan Genius G-Pen 4500
lakaran Perdana Replacement Model dari Chaku

lakaran Savvy Replacement Model dari Chaku

Hasil sketching & rendering dari Chaku, memang superb..!!

UPDATE : 08/10/2009
Saga Hatchback by
Adik Automotif Saluran07


TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA..
"..untuk aktiviti sketch ni, saya hentikan setakat ini, dan akan saya sambung pada post2 yang akan datang.. terima kasih kerana sudi b'kongsi idea, pendapat, hasil2 sketch yang GEMPAK.. insya Allah, aktiviti lepas ni kita buat sketch untuk model2 SUV, 4X4 dan PickUp (macam Proton Arena..)~ sebarang maklumbalas, sila email-kan ke chcoffeehoney@gmail.com.."

Hakcipta setiap lakaran yang dipaparkan di dalam ruangan Lakaran Dari Blogger & Visitor ini adalah terpelihara.

Photoshopped: Saga Hatchback CPS

Saga Hatchback CPS
Savvy with Neo CPS Bodykit
Ni bukanlah Saga Hatchback sebenar, cuma saya edit model Savvy dengan menambah elemen2 yang ada pada Satria Neo CPS.. hasil kali ni kurang 'cemerlang', memandangkan warna yang saya gunakan tak sesuai dan cantuman Savvy dan Neo CPS yang tidak sempurna jika dilihat dengan teliti.. layan je laa yerp..


UPDATE: 15 September 2009
Saga Hatchback GT
Savvy with Saga BLM grill

Demam sketching untuk Saga Hatchback dah bermula di Auto Akasia.. jadi saya dengan itu, memilih model Savvy untuk diubahsuai menjadi Saga Hatchback.. apa pendapat anda tentang hasil ni..? OK tak..?? bahagian hadapan masalah sikit.. coz silap step.. nak undo tak boleh pulak.. layan je laa yerp..

UPDATE: 16 September 2009
Small Concept Car
Sambil menanti sketch dari rakan2 blog yang lain.. saya buat sketch ni, untuk concept car.. kalau boleh, buat untuk Savvy laa kan.. hehe~ design kali ni simple je.. sportrim tu, menampakkan kemalasan tahap dewa.. hihi~ sketching dibuat dalam 15 minit.. layan je laa yerp..

Photoshopped: Satria Neo F430

Satria Neo F430

OK, ni hasil photoshop yang saya buat pada model Satria Neo CPS. Di mana, bumper belakang Satria Neo ni saya tukarkan dengan bumper belakang model Ferrari F430. Ada sedikit kesilapan yang saya buat pada proses penukaran warna, dan hasil ni agak kurang sempurna.

2 gambar di atas ni, adalah gambar asal yang saya gunakan dalam kerja2 photoshop yang saya buat.. amacam, OK tak..??


*dah macam warna teksi kat KL laa pulak~

Friday, September 11, 2009

Perodua MPV

Perodua MPV

Selepas kehadiran variasi dan transformasi yang terdapat pada ViVA Elite, Perodua bakal memperkenalkan model terbarunya dalam kategori kenderaan pelbagai guna (MPV).. Perodua bersiap sedia untuk mengeluarkan MPV pertamanya pada Oktober ini..


Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar menyatakan, pengeluaran MPV itu akan dilakukan bulan depan (Oktober) dan akan dilancarkan pada November.. MPV ni, memenuhi keperluan family, & ditawarkan dengan harga yang kompetitif.. sasarannya, mereka yang berkeluarga & golongan muda yang mahukan kelainan..

MPV ni dijana dengan enjin berkapasiti 1.5 liter.. (macam Avanza laa lebih kurang), dijangka dipasarkan sekitar RM56K hingga RM65K.. (mampu?murah?berbanding Exora?)

Tun Dr Mahathir Kembali Ke Proton

  • Tun Dr. Mahathir Mohamad (pengasas & penasihat Proton) kembali semula ke Proton.
  • “Saya gembira dapat melihat bangunan pertama melahirkan kereta Proton pertama negara pada 1985. Sekarang Proton sudah 27 tahun, tidak banyak perusahaan yang boleh kekal lama seperti ini."
  • Beliau yakin Proton mampu menjadi penyumbang utama untuk Malaysia mencapai status negara maju pada 2020.
  • Proton yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM64 juta pada suku penggal pertama tahun ini menunjukkan industri berkenaan mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.
*untuk berita lanjut, sila klik PRODAS.

Photoshopped: WAJA Replacement Model


WAJA
Replacement Model


Sekali lagi, kerja2 photoshop saya buat untuk Waja Replacement Model.. hasil photoshop yang saya buat ni, ambil masa dalam 1 jam laa lebih kurang.. saya minat pada hasil photoshop kali ni, sebab dah lama saya cuba cari warna Blueberry Tea (yang diperkenalkan pada model Persona), akhirnya dapat juga.. jadi, saya aplikasikan pada Waja ni.. kemudian, lampu nya pula saya minat sebab rekabentuknya cantik, dan ada mirip dengan model Proton rasanya.. macam Persona kot.. lebih kurang laa, hehe~ grill, saya ambil dari Satria Neo CPS.. model asal Waja ni, saya tak pasti model apa, dan siapa pengeluarnya.. tak silap saya, OPEL..

mengghairahkan laa Waja ni.. confirm saya beli.. hehe~

Kalau laa Waja Replacement Model macam ni pun, dah buat saya ghairah nak drive.. walaupun, tak nampak sporty, tapi ciri2 elegen nya sudah cukup.. bolehlah buat kereta sedan untuk kegunaan family macam Persona.. Apa pendapat anda..???

*tengah tunggu spyshot nih..

Thursday, September 10, 2009

Pengalaman Bersama Satria Neo CPS

Satria Neo CPS
"..Alaminya Sendiri.."

Bagi anda yang belum lagi merasa 'nikmat' memandu Satria Neo CPS, saya cadangkan untuk anda memandunya hari ni.. (singgah laa mana2 bilik pameran..) Baru2 ni, saya berjumpa dengan wakil pengedar Proton.. dan saya saja2 laa nak sembang, kot2 ada info baru ke yang mereka tahu.. (hehe~) dah banyak sangat sembang, bro tu ajak saya untuk uji pandu Neo CPS.. bukan apa, dia cakap sepanjang promosi yang dibuat bulan ni, kebanyakan orang nak uji Neo CPS dan Exora..


Jadi, saya pun cuba laa.. tak jauh mana pun, sebab masa tu saya kerja.. hehe~ bila masuk je Neo CPS ni laa yang saya rasa..
  • mak ai, rendah semacam je kereta ni..
  • urmm, kenapa lain je..?
Hehe, syok laa, sebab naik kereta ala2 sportcar.. pastu bila drive, dia punya power tu kan, mengancam laa.. kiranya kalau nak kasi laju tu, rasa best je.. tak tau laa nak cakap.. anda boleh cuba sendiri.. hehe~ cikgu saya pernah cakap, "kalau nak tau durian tu rasa sedap camne, orang tak boleh nak cerita, melainkan kita merasanya sendiri.." hehe..

Secara peribadi, kereta ni memang sesuai untuk anak muda.. rekabentuknya, memang stylo habis.. cuma sayangnye, kereta ni agak sempit sedikit.. macam mana pun, Neo CPS menjanjikan pemanduan yang sememangnye SYOK! dan tak perlu lagi hantar bengkel untuk modified/make-up kereta..

*g drive, bukan ponteng kerja haa.. saya tunggu supervisor saya lama sangat, jadi saya g laaa wat ujipandu tu.. hehe~

Lakaran : Hatchback & Compact Sedan

Sketch 1 : Hatchback Model
Sketch pertama ni, lebih kurang je dengan yang sebelum ni.. dan yang pasti, skill saya masih sama.. apa pun, saya akan cuba lagi.. secara fizikal, sudut yang saya ambil tak berapa tepat, dan model ni nampak cacat antara bahagian depan & tengah.. takpe laa, nanti saya cuba untuk sketch yang seterusnya..


Sketch 2 : Compact Sedan
Sketch kedua ni pula, saya buat untuk model compact sedan.. macam Saga laa.. atau mungkin, midsized sedan macam Persona.. hehe, apa2 je laa.. yang ni cacat kat bumbung, tak tahu laa samada sketch saya, atau scanner saya probz masa scan.. entah~ apa pun, layan~...

*mesej: to bro farghmee, & campromania.. kita sketch untuk Saga Hatchback sama2 boleh..?? hehe, nanti boleh saya kumpulkan dalam blog saya, khas untuk post psal Saga Hatchback.. untuk suka2 je..

Wednesday, September 9, 2009

Waja Replacement Model

Waja Replacement Model (Waja 2010)
photoshopped model


Model yang saya paparkan ini, bukanlah foto spyshot, tetapi hasil pengeditan foto yang saya buat menggunakan photoshop. Secara fizikalnya, memang hasil kali ni tidak kemas, memandangkan saya buat ni untuk tunggu 'loading' masa tengah download lagu.. (isi masa2 boring.. hehe~)



di sebelah ini adalah foto asal sebelum diedit, di mana ia merupakan model 2010 bagi sebuah pengeluar kereta luar (2010 Holden HSV GTS)..model ini seakan2 model Evo, membuatkan saya tertarik untuk mengubah bahagian depannya untuk Waja 2010.. proses edit yang saya lakukan, hanya 'menampal' grill depan Saga BLM, dan memberikan kesan warna merah.. tu je.. hehe~

2010 - Kereta Elektrik Proton

e-Persona & e-Savvy
Electric Vehicles by Proton & Detroit Electric

Adakah pada tahun 2010, kita dapat menyaksikan model-model Proton seperti Savvy dan Persona diberi suntikan Electric Vehicles (EV) di bilik-bilik pameran Proton? Dan jalanraya di Malaysia, akan disusuri dengan Proton Electric Car? Ini semua akan terjadi apabila Proton dan Detroit Electric bekerjasama di dalam penyelidikan dan pembangunan EV.

Ini didedahkan oleh pihak Detroit Electric ketika di litar ujian (test track) Proton di Shah Alam, Selangor, iaitu Albert Lam (Chariman & CEO Detroit Electric). Beliau menyatakan bahawa pihak mereka masih lagi di dalam perbincangan & perancangan bersama Proton di dalam membangunkan EV.

Pihak Detroit Electric juga menyatakan cadangannya untuk membangunkan EV sekurang-kurangnya 3 jenis iaitu:
  • Small Hatchback.
  • Midsized Sedan.
  • Sportcar.
Ini bertepatan dengan usaha yang dijalankan, di mana Savvy dan Persona (kategori small hatchback & midsized sedan) dipilih untuk cubaan pertama Proton bersama Detroit Electric. Manakala model Lotus Elise dipilih untuk kategori sportcar.

Persoalannya, adakah usaha ini berbaloi? Memandangkan EV memerlukan pengecasan semula untuk menjanakuasa terhadap enjin. Tidak seperti Hybrid Vehicles, di mana ia masih dapat berfungsi walau kehabisan tenaga elektrik kerana terdapatnya enjin janaan petrol. EV pula tidak mempunyai enjin kedua & hanya bergantung pada enjin elektrik semata. Maka, stesen pengecas diperlukan. Anda nilaikannya, OK..??

(Pada pendapat saya, kolaborasi ini memberi satu kelebihan kepada Proton untuk membangunkan teknologi kereta elektrik.)

Tuesday, September 8, 2009

Lakaran : Savvy

Sketch : Savvy Replacement Model
by: g-mie, funtasticko design & farghmee


Sketch yang saya paparkan ini, adalah hasil dari saya, funtasticko design (bro campromania) dan bro farghmee.. saya kumpulkan hasil2 sketching kami yang terkini bagi Savvy Replacement Model (SRM)..

Sketch dari saya:
Savvy hasil dari saya

Sketch dari funtasticko design:
Savvy hasil funtasticko design

Sketch dari farghmee:

Sketch dari farghmee

Apa pendapat anda..??

Privacy Policy